Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Friday, July 6, 2012

BN CARI JALAN BANTU PENDUDUK TAMAN UDA


Masalah banjir kilat akibat sistem perparitan tidak sempurna dan jalan rosak yang menghantui penduduk Taman Uda di sini mendapat perhatian Barisan Nasional (BN). Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, masalah berkenaan terutama banjir kilat di taman perumahan itu disebabkan sistem perparitan lama yang tidak dapat menampung kapasiti air. Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, ia biasa berlaku di taman-taman perumahan lama ekoran pembangunan sekeliling yang pesat.

Wednesday, July 4, 2012

CALON MB KEDAH DAPAT YAKINKAN RAKYAT


Siapa bakal Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) merampas negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 perlu digambarkan lebih awal bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap kerajaan baru yang akan dibentuk. Seorang pemerhati politik, Datuk Dr. Nordin Yunus berkata, BN mempunyai peluang cerah untuk menawan Kedah memandangkan rakyat sudah memahami sejauh mana kemampuan kerajaan negeri sedia ada mentadbir.

Wednesday, June 27, 2012

PAS KEDAH 'RAMPAS' HAK RAKYAT UNTUK SELESAI MASALAH KUIN

Ternyata pakatan di Kedah gagal bela nasib rakyat
Tindakan kerajaan Kedah menjadikan rumah pangsa sebagai asrama penginapan pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) adalah tidak adil bagi rakyat negeri ini yang sangat memerlukan kediaman sendiri. Pas Kedah gagal menyediakan asrama untuk para pelajar Kuin, sehingga menyebabkan rumah pangsa di Taman Seri Impian, Mergong yang sepatutnya dihuni golongan kurang berkemampuan dijadikan asrama untuk pelajar tersebut. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Derga, Dr Cheah Soon Hai mendakwa rumah pangsa pangsa tersebut, dibina semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan negeri Kedah.

Friday, June 22, 2012

BN KEKALKAN 137 KERUSI PARLIMEN????

Konvensyen Barisan Nasional

Barisan Nasional (BN) mungkin mengekalkan 137 kerusi Parlimen yang dikuasainya sekarang dengan margin lima peratus lebih atau kurang, tetapi tidak cukup mencapai majoriti dua pertiga, menurut kajian dan analisis terperinci Centre of Strategic Engagement (CENSE). Kajian terbaru itu menunjukkan masih ramai yang bergantung kepada kekuatan dan organisasi jentera pilihan raya BN.


Monday, June 11, 2012

MUKHRIZ, LANGKAWI DAN POLITIK

 
LANGKAWI yang terkenal sebagai pulau peranginan tidak terlepas daripada bahang politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Mereka yang tiba di pulau itu sudah pasti akan disambut dengan kemeriahan bendera-bendera parti politik. Sepanjang jalan dari Kuah ke Kedawang, ia dipenuhi dengan bendera-bendera yang seolah-olah menggambarkan musim pilihan raya sudah bermula.

Thursday, May 31, 2012

AZIZAN RAZAK PERLU HENTIKAN PEMBALAKAN DI GUNUNG INAS


Kerajaan negeri Kedah seharusnya mengambil tindakan menghentikan segera aktiviti pembalakan di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, Baling yang bukan sahaja mengancam alam sekitar malah membahayakan penduduk di sekitar kawasan itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau berkata, sekiranya kerajaan negeri tidak berbuat demikian, ini jelas menunjukkan mereka tidak serius dan rakyat boleh menilai sendiri perkara ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...