Kerajaan negeri Kedah seharusnya mengambil tindakan menghentikan segera
aktiviti pembalakan di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, Baling yang
bukan sahaja mengancam alam sekitar malah membahayakan penduduk di
sekitar kawasan itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk
Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau berkata, sekiranya kerajaan
negeri tidak berbuat demikian, ini jelas menunjukkan mereka tidak serius
dan rakyat boleh menilai sendiri perkara ini.
