Wednesday, June 27, 2012

PAS KEDAH 'RAMPAS' HAK RAKYAT UNTUK SELESAI MASALAH KUIN

Ternyata pakatan di Kedah gagal bela nasib rakyat
Tindakan kerajaan Kedah menjadikan rumah pangsa sebagai asrama penginapan pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) adalah tidak adil bagi rakyat negeri ini yang sangat memerlukan kediaman sendiri. Pas Kedah gagal menyediakan asrama untuk para pelajar Kuin, sehingga menyebabkan rumah pangsa di Taman Seri Impian, Mergong yang sepatutnya dihuni golongan kurang berkemampuan dijadikan asrama untuk pelajar tersebut. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Derga, Dr Cheah Soon Hai mendakwa rumah pangsa pangsa tersebut, dibina semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan negeri Kedah.


"Ia tidak adil kepada rakyat Kedah kerana semasa kita bina dulu, tujuannya untuk rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri. Terdapat kira-kira 136 unit rumah di flat tersebut. Permintaan rumah kos rendah di Kedah sangat tinggi. Kerajaan negeri umum tiga projek perumahan kos rendah iaitu satu di Kubang Pasu dan dua di Pokok Sena tetapi semuanya belum dilaksanakan. unit-unit rumah pangsa itu dihuni pelajar-pelajar Kuin yang sepatutnya berpindah pada Ogos tahun lalu namun kekal menetap di situ sehingga kini.," katanya.

Beliau berkata struktur bangunan flat yang dibina serta kemudahan yang disediakan di kawasan itu juga tidak sesuai kepada pelajar kerana ia dibina bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Sebagai contoh, katanya, kemudahan seperti tempat meletak kereta dan kemudahan-kemudahan lain tidak digunakan dan ia adalah satu kerugian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...