Thursday, June 7, 2012

RUMAH URUT DI KEDAH, OSTAD AZIZAN PANAS PUNGGUNG


OSTAD Azizan cuba menafikan kegagalan kerajaan negeri dalam mengawal aktiviti rumah urut dan pusat hiburan seperti yang didakwa enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam. Apabila diasak dengan pelbagai soalan dari para pemberita, dia dilihat cuba untuk mengalihkan persoalan dengan mengatakan "kita ambil berat, mereka saja yang tak tahu"


Azizan diminta mengulas demonstrasi aman enam NGO itu semalam yang mendesak kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS memantau operasi dan pengeluaran lesen pusat hiburan di negeri ini. Namun dia enggan mengulas lanjut mengenai isu itu sambil menyifatkan NGO terbabit tidak ada kerja lain.

Ketika ditanya lagi mengenai memorandum 11 tuntutan yang dihantar kepadanya oleh NGO terbabit, Azizan berkata beliau tidak melihat memorandum tersebut dan tidak tahu kepada siapa memorandum itu diserahkan.

Beliau juga meminta wakil media mendapatkan penjelasan daripada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) mengenai isu tersebut. Sebelum ini enam NGO terbabit mendakwa hanya kira-kira 300 pusat hiburan dan rumah urut yang memiliki lesen, manakala banyak lagi beroperasi secara haram selain ada yang menyalah guna lesen perniagaan mereka.

NGO yang terlibat dalam demonstrasi di hadapan Wisma Darul Aman itu ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kedah, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kedah, Persatuan Penduduk Melayu Islam (PPMI), Persatuan Ibu Tunggal Kedah,

Persatuan Penjaja Melayu Islam dan Badan Generasi Prihatin Kedah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...