Showing posts with label Ahmad Bashah. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Bashah. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

PUSAT HIBURAN, OSTAD AZIZAN DIMINTA AMBIL TINDAKAN

Pusat Hiburan di Kedah

Kerajaan Negeri Kedah diminta segera mengambil tindakan berhubung dakwaan pusat hiburan tumbuh macam cendawan lepas hujan di negeri ini terutama di bandaraya ini yang telah menimbulkan kebimbangan orang ramai. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata banyak blog dan laman sosial Facebook yang menyiarkan tentang pusat-pusat hiburan itu dan itu jelas menunjukkan masyarakat tidak suka dengan kewujudan pusat hiburan itu.

Tuesday, July 10, 2012

OSTAD AZIZAN DAH TAKUT, UGUT UNTUK KENAKAN OSA


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pada Isnin tampil mempertahankan Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang yang diugut dengan tindakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) oleh kerajaan Kedah kerana sering mendedahkan kepincangan dasar kerajaan negeri. Ahmad Bashah berkata BN tidak gentar dengan ugutan itu dan akan mempertahankan Tan kerana apa yang diperkatakannya adalah benar bukan rekaan atau fitnah.

Wednesday, July 4, 2012

CALON MB KEDAH DAPAT YAKINKAN RAKYAT


Siapa bakal Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) merampas negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 perlu digambarkan lebih awal bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap kerajaan baru yang akan dibentuk. Seorang pemerhati politik, Datuk Dr. Nordin Yunus berkata, BN mempunyai peluang cerah untuk menawan Kedah memandangkan rakyat sudah memahami sejauh mana kemampuan kerajaan negeri sedia ada mentadbir.

Monday, June 11, 2012

PRU13: UMNO SEDIA MANIFESTO KHAS UNTUK KEDAH


BN akan mempunyai manifesto khas bagi Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti bagi mengetengahkan apa yang akan dilakukan BN jika dapat menawan semula negeri ini. Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pada PRU-13 nanti, BN Kedah akan mempunyai dua manifesto iaitu manifesto di peringkat pusat dan manifesto khusus untuk Kedah.

Thursday, May 31, 2012

AZIZAN RAZAK PERLU HENTIKAN PEMBALAKAN DI GUNUNG INAS


Kerajaan negeri Kedah seharusnya mengambil tindakan menghentikan segera aktiviti pembalakan di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, Baling yang bukan sahaja mengancam alam sekitar malah membahayakan penduduk di sekitar kawasan itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau berkata, sekiranya kerajaan negeri tidak berbuat demikian, ini jelas menunjukkan mereka tidak serius dan rakyat boleh menilai sendiri perkara ini.

Tuesday, May 29, 2012

AZIZAN PERLU TANGUNGJAWAB KAWASAN BUKIT 'BOTAK'

Gambar yang diambil di Gunung Inas di Baling yang semakin botak.

Kerajaan Negeri didakwa cuba berselindung di sebalik projek Ladang Rakyat untuk menutup kepincangan yang berlaku membabitkan penebangan balak yang berleluasa di sekitar Baling dan Sik. Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah harus bertanggungjawab atas kerakusan menebang balak seterusnya menjejaskan kawasan tadahan air termasuk merosakkan ekosistem alam semula jadi kawasan berkenaan.

Sunday, May 27, 2012

Semua Calon Layak Jadi MB, Kata Ahmad Bashah


Semua calon Umno yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang layak menjadi Menteri Besar, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Tuesday, May 22, 2012

Umno Kedah: Tawaran Muzakarah Pas tidak ikhlas


Tawaran Pas untuk mengadakan muzakarah dianggap sebagai strategi untuk mengalihkan tumpuan Umno daripada membuat persiapan rapi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pelawaan itu dianggap tidak ikhlas kerana terdapat perbezaan pendapat antara pemimpin tertinggi Pas sendiri dan tidak konsisten dengan keputusan berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...