Monday, June 4, 2012

PERISTIWA MEMALI ANTARA SYAHID DAN MATI KATAK!!!!


SATU temuramah eksklusif telah diadakan dengan Encik Azmi Haji Salim, 51, selaku orang yang paling hampir dengan segala permasalahan. Selaku individu yang terlibat secara langsung dengan penubuhan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali dan Tragedi berdarah Memali serta ahli Jawatankuasa Bertindak Tabung Mangsa Memali, Encik Azmi Haji Salim menyimpan banyak cerita dan benar-benar mengetahui apa yang terjadi. Selaku orang yang mengetahui segala permasalahan berkaitan Isu Penyelewengan Tabung Mangsa Memali dan terlibat secara langsung pula, boleh ceritakan apa yang sebenarnya berlaku?

AZMI: Boleh. Malahan saya telah membuat satu surat sebaran umum mengenai isu berkenaan. Sebelum saya bercerita lebih panjang, elok rasanya saya ceritakan sejarah awal penubuhan Madrasah lslahiah Diniah. Bermula dari situ baru boleh faham apa dan bagaimana ianya meletup. Madrasah Islahiah Diniah ditubuhkan atas inisiatif saya bersama beberapa orang penduduk kampung. Pada peringkat awalnya ia ditubuhkan sebagai sebuah surau untuk kariah kampung belajar agama.

Pada tahun 1978 – lebih tepat selepas pilihan raya umum 1978 – kariah kampung Memali ini meminta Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) menerajui surau dan seterusnya dijadikan madrasah. Akhirnya, Ustaz Ibrahim bersama seorang guru yang disegani – Ustaz Awang Lanai, bersetuju menerima pelawaan kami. Pada bulan Mac, 1985 pihak madrasah telah menerima kedatangan rombongan pertama yang diketuai oleh Ustaz Ahmad bin Hassan bersama empat orang Ustazah dan lapan orang murid untuk membuka kelas persekolahan rendah agama.

Bermula dari tarikh itu murid-murlid semakin bertambah. Mereka yang datang belajar kebanyakannya terdiri dari anak-anak penduduk kampung yang berdekatan. Diringkaskan cerita, pada 19 November 1985, berlaku Tragedi Berdarah Memali. Oleh kerana saya, terlibat secara langsung sebagai pengikut Uztaz Ibrahim dalam tragedi berkenaan, saya telah ditahan di bawah ISA.
Setelah saya dibebaskan dari tahanan, saya diberi tanggungjawab menyediakan makanan untuk para pelajar asrama di madrasah sehingga tahun 1993.

Saya meninggalkan tugas itu pada tahun 1993 kerana saya telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir Madrasah Islahiah Diniah. Pada 9 Mei 1999 semua AJK Tadbir Madrasah Islahiah Diniah yang asal telah digugurkan kerana pentadbiran madrasah diambilalih oleh Jawatankuasa PAS Kawasan Baling. Kami semua bersetuju dengan pengambilan-alihan berkenaan dengan anggapan pihak Jawatankuasa Kawasan tentulah lebih berwibawa lagi lebih beramanah dalam menjalankan tugas pengurusan.

Malangnya, apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Ahli Jawatankuasa PAS Kawaslan Baling tidak nampak muka. Yang menguruskan pentadbiran madrasah cuma dua orang sahaja, iaitu Yusuf Hussin dan Ustaz Zaki.

Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas
Tidak berapa lama dahulu, Pas mengadakan majlis sambutan ulangtahun ke 25 tragedi Memali. Pelbagai program yg dirancang oleh mereka termasuklah ceramah. Seperti kelaziman, apabila disebut peristiwa Memali, mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh. Pelbagai tuduhan2 kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis. Itu cerita sebelah pihak mereka. Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yg memerintah negara pada hari ini. Berpunca daripada politik ekstrem yg diajar dan diamalkan oleh Pas itulah terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985. Perkara ini semua berlaku akibat dari politik ekstrem dan politik kebencian melampau yg diajar oleh Pas.

Ibrahim Libya pada mulanya seorang yg baik. Beliau mulai ‘rosak’ setelah menyertai Pas pada tahun 1978. Beliau bersekolah pondok di Baling, kemudian belajar pula di madrasah di Kepala Batas. Selepas itu dia melanjutkan pelajaran ke Nilam Puri, Kelantan. Habis di Kelantan beliau ke India dan selepas itu menyambung pelajaran di Libya. Kembali ke tanahair pada awal 70an dan beliau bekerja di Pusat Islam dibawah JPM. Akhir tahun 1976 beliau letak jawatan dan bekerja dengan Kedutaan Libya sebagai pendakwah. Daripada situlah dia mula dikenali sebagai pendakwah bebas.

Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Akhirnya apabila beliau menyertai Pas pada tahun 1978 dan menjadi calon dalam pilihanraya di Dun Bayu, maka mulalah berlaku kerosakkan ke atas dirinya. Semuanya kerana politik ekstremis yg diajar oleh Pas meresapi dirinya. Pas menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kehebatan yg ada pada Ibrahim Libya untuk menguatkan pengaruh mereka. Sebagai contoh kita lihat Hassan Ali, dulu dia seorang penceramah bebas yg hebat dan dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat. Pada waktu kegemilangannya semua orang akan menunggu depan tv setiap khamis malam jumaat untuk menunggu kemuculannya dalam Forum Perdana Ehwal Islam.

Hassan Ali mempunyai pengikut dan peminat yg ramai. Pas tarik Hassan Ali sertai mereka dan menggunakan pengaruh yg ada pada Hassan Ali untuk menarik orang ramai menyertai Pas dan menggunakan Hassan Ali semaksimum mungkin di atas pentas2 ceramah. Pada masa itu Hassan Ali dipuja, dipuji dan dijilat oleh orang2 Pas sepanjang masa. Akhirnya Pas dapat memecah kekebalan benteng Dun Selangor daripada ditembusi oleh Pas. Hassan Ali menang dalam pru 1999 di kerusi Sungai Burung. Kemenangannya bukan kerana Pas tetapi kerana personalitinya.

Selepas itu rakyat melihat Hassan Ali mula rosak apabila menyertai Pas dan beliau kehilangan sokongan,akhirnya tewas dalam pru 2004. Tetapi pada pru 2008 Hassan menang balik di Gombak Setia. Kemenangannya pada masa itu bukan kerana dia Hassan Ali tetapi kerana kemarahan rakyat kepada kepimpinan negara dan Umno pada masa itu. Dalam pru 2008, bukan setakat Hassan Ali yg menang, ramai lagi pemimpin yg menang sehingga mereka berjaya membentuk kerajaan campuran. Jika ditakdirkan Hassan tak menang pun , Pas masih boleh menubuh kerajaan campuran bersama PKR dan DAP.

Lihat apa jadi kepada Hassan Ali sekarang ? beliau tidak lagi sepenting tahun dulu. Musuhnya kiri kanan dalam Pas. Asal buka mulut sahaja kena balun. Bertanding jawatan dalam Pas pun kalah. Bagi mereka Hassan Ali tak penting lagi sekarang. Dari segi pengaruh memang ada persamaan antara Ibrahim Libya dan Hassan Ali. Mereka berjaya menggunakan pengaruh mereka untuk menarik orang menyokong Pas. Bezanya, Pas kurang berjaya mentarbiah Hassan Ali menjadi ekstremis Pas kerana Hassan orang pintar. Manakala Ibrahim Libya pula berjaya digunakan oleh Pas untuk menjadi ekstremis. Suasana zaman juga menjadi faktor bezanya Hassan dan Ibrahim.

Berbalik kepada kisah Memali, selepas menyertai Pas, Ibrahim Libya mula berubah mengikut acuan Pas.Kerajaan pada masa itu mendapati Ibrahim Libya mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam melalui ceramah2 agamanya. Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan keadaan. Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan Ibrahim di bawah ISA pada 2 September 1984, bagaimana pun usaha itu gagal. Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya tetapi dihalang oleh orang2 kampung yg keluar beramai2.Untuk pengetahuan pembaca, pengaruh yg ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas pada masa itu.

Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis berundur dan selepas itu Ibrahim lari menyembunyikan dirinya di satu tempat rahsia diBaling. Setelah sekian lama menyembunyikan diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah, maka puak2 Pas pada masa itu mengambil keputusan membawa Ibrahim kembali kerumahnya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli2 Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di bawah ISA. Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang2 kampung yg bersenjatakan buluh runcing dan pelbagai senjata tajam lagi. Pernah berlaku dimana beratus orang kampung mengepung sebuah kereta polis yg di dalamnya ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya orang kampung meletak senjata di tengkuknya.

Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun. Pelbagai pendekatan yg diambil oleh polis untuk menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta dia menyerah diri secara sukarela. Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan polis dengan cara yg baik kerana tempohnya sudah terlalu lama. Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu, mereka sengaja membiarkan keadaan tegang, kerana itu yg mereka kehendaki untuk menggambarkan kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan BN.

Polis tiada pilihan, pelbagai cara lembut dan diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi mereka gagal. Akhirnya polis terpaksa menggunakan pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan pengikutnya. Maka pada pagi 19.November.1985 polis telah mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah diri. Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam masa yg sama juga penduduk2 kampung telah keluar dengan membawa buluh runcing dan senjata tajam.
Langkah pertama yg diambil oleh polis ialah melepaskan gas pemedih mata. Tiba2 keluar seorang lelaki dari tempat persembunyiannya disekitar kawasan yg dikepung membawa sebilah parang untuk menyerang polis dan dia telah ditembak mati. Itulah bukti fahaman ekstremis yg dibawa oleh Pas. Sanggup membawa parang untuk menyerang polis.

Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga turut digunakan untuk menembak anggota polis oleh puak2 yg berkubu bersama Ibrahim Libya. Dimana pemimpin Pas pada masa itu ? adakah berita berkenaan tidak sampai kepada mereka ? mustahil ! Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan pengikutnya agar menyerah diri ? Mereka memang mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk dijadikan modal politik. Itulah bukti pemimpin2 Pas adalah pemimpin yg tidak bertanggungjawab. Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan taklik adalah perkara kecil. Nyawa ahli pun mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan politik.

Diringkaskan cerita, setelah seharian ‘peperangan’ antara polis dan penduduk kampung yang ekstrim berlangsung, akhirnya ia tamat di mana ianya menyaksikan 14 penyokong Pas mati termasuk Ibrahim Libya dan 4 orang anggota polis turut terbunuh hasil daripada fahaman ekstrimis yg diajar oleh Pas. Al Fatihah… Seramai 160 orang ditahan dalam operasi berkenaan yg dinamakan Ops Angkara. Selepas itu hanya lebih kurang 30 orang ditahan di bawah ISA dan selebihnya dibebaskan. Mereka2 yg ditahan dibawah ISA tiada seorang pun yg mati semasa dalam tahanan dan ada yg masih hidup sihat walafiat sehingga sekarang, malah ada yg jadi Senator sekarang ini.

Jika pemimpin2 Pas pada masa itu adalah pemimpin yg bertanggungjawab, sepatutnya mereka memujuk Ibrahim Libya untuk menyerah diri dengan cara elok. Jika beliau menyerah diri dengan cara elok, mungkin Ibrahim Libya dan 13 mangsa lain masih hidup sehingga sekarang. Itulah buktinya Pas sebuah parti yg hanya mementingkan politik dari nyawa ahli2 mereka. Buktinya boleh dilihat sehingga hari ini. Walaupun 25 tahun peristiwa Memali telah berlaku , sehingga ke hari ini Pas tetap menggunakan peristiwa tersebut sebagai modal politik mereka. Memali adalah satu ‘pelaburan’ berharga yg Pas lakukan 25 tahun lalu dan mereka berjaya menuai hasilnya sehingga kini. Pelaburan Kohilal pula sehingga kini ahli tidak mendapat hasil.

Kejahatan Pas tidak habis di situ. Selepas Ibrahim Libya dan pengikut2nya dikebumikan, ada dikalangan orang2 Pas yg pergi mencurahkan cecair berbau wangi diatas kubur mereka. Selepas itu mereka sebarkan cerita kononnya haruman yg wangi keluar dari kubur mereka yg terbunuh. Semua itu untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya perjuangan mereka semua dirahmati oleh Allah swt dengan niat untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka dan membenci kerajaan.

Jika kita lihat kembali apa yg berlaku di Memali ada persamaan dengan apa yg berlaku dalam setiap perhimpunan haram yg dianjurkan oleh Pas. Untuk menyuraikan perhimpunan2 haram, polis tidak terus menyerbu membabi buta. Mereka akan menggunakan diplomasi terlebih dahulu. Rundingan demi rudingan dan nasihat demi nasihat. Tetapi selalunya juak2 pecacai ini tidak peduli nasihat polis. Malah mereka terus melakukan provokasi supaya polis bertindak keras dan tindakan itu boleh dijadikan modal politik. Pernah satu ketika dalam satu perhimpunan haram diMasjid Negara mereka memprovok polis dari dalam masjid. Mereka lakukan semua itu supaya polis menyerbu mereka didalam masjid dan itu dapat dijadikan modal politik kononnya polis tidak menghormati masjid. Dalam peristiwa itu polis menyerbu masuk kemasjid, tetapi sebelum masuk pasukan FRU telah pun memakai sarung kasut (bukan sarung kaki/stokin) terlebih dahulu untuk mengelakkan tapak kasut memijak tempat sembahyang.

Pas tidak pernah cerita semua itu semasa mereka berceramah. Mereka hanya cerita anggota polis kurang ajar masuk ke masjid dengan kasut. Mereka tak kata yg anggota polis telah pakai sarung kasut terlebih dahulu sebelum masuk. Begitu juga dengan kisah Memali, atas pentas ceramah atau dalam harakah, Pas hanya menceritakan orang2 mereka yg terbunuh, polis guna pistol, guna gas pemedih mata dan guna kereta kebal. Mereka tak cerita yg orang mereka guna buluh runcing, pedang, parang panjang dan senapang patah untuk membunuh polis serta empat orang anggota polis terbunuh.

Matinya Ibrahim Libya dan 13 orang yg lain pada hari itu berpunca daripada Pas. Semuanya kerana politik ekstremis dan kebencian melampau yg diajar oleh Pas. Jika tidak , mungkin Ibrahim Libya masih hidup sekarang dan terus berdakwah kepada orang2 Islam di Malaysia. Ilmu yg beliau kumpul dari Baling hingga ke Libya akhirnya menjadi sia2 selepas menyertai Pas. Orang yg sepatutnya bernilai untuk negara akhirnya punah ranah , semuanya kerana Pas. Pas memang nampak cantik diluar, tetapi di dalamnya penuh dengan kejahatan dan kejijikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...