Showing posts with label Pokok Sena. Show all posts
Showing posts with label Pokok Sena. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

PAS KEDAH 'RAMPAS' HAK RAKYAT UNTUK SELESAI MASALAH KUIN

Ternyata pakatan di Kedah gagal bela nasib rakyat
Tindakan kerajaan Kedah menjadikan rumah pangsa sebagai asrama penginapan pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) adalah tidak adil bagi rakyat negeri ini yang sangat memerlukan kediaman sendiri. Pas Kedah gagal menyediakan asrama untuk para pelajar Kuin, sehingga menyebabkan rumah pangsa di Taman Seri Impian, Mergong yang sepatutnya dihuni golongan kurang berkemampuan dijadikan asrama untuk pelajar tersebut. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Derga, Dr Cheah Soon Hai mendakwa rumah pangsa pangsa tersebut, dibina semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan negeri Kedah.

Friday, June 22, 2012

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN NEGERI TERBENGKALAI


Parti Gerakan Kedah pada Rabu mendedahkan satu lagi projek kerajaan negeri Kedah yang didakwa terbengkalai selepas tiga tahun dilancarkan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata projek itu ialah pembangunan Bandar Tunku Puteri di atas tanah milik kerajaan negeri di Gajah Mati, Pokok Sena dekat sini yang melibatkan pembinaan 528 rumah kos rendah dan 400 unit rumah mampu milik.

Monday, June 11, 2012

LAGI KELEMAHAN DAN KEPINCANGAN OSTAD AZIZAN DIDEDAH


Kerajaan Kedah digesa menyiapkan dahulu projek perumahan mampu milik seperti Bandar Sejahtera Pokok Sena sebelum melaksanakan projek mega Amansuri Residences. Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata tinjauannya mendapati projek Bandar Sejahtera Pokok Sena bernilai RM230 juta itu belum dilaksana sekalipun telah dilancar kerajaan negeri lebih dua tahun lepas.

Thursday, May 31, 2012

NASIB PENGUNDI TERABAI!!! MANA SLOGAN NEGARA BERKEBAJIKAN????


Empat beradik di Kampung Pokok Sena di sini, kini hidup terumbang-ambing apabila ibu bapa mereka ditahan oleh pihak berkuasa kerana disyaki terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah. Berikutan itu, nenek mereka, Esah Abu Bakar, 60, berkata, dia terpaksa menjaga empat cucunya, Nor Shafarina, 12; Mohd. Sharizan, 11; Mohd. Shawal, 7; dan Nur Sharipah, setahun itu dalam keadaan serba kekurangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...