Wednesday, July 11, 2012

CHEGU BARD PONDAN, HARAPKAN BADAN JE BESAR?



Ayam tambatan PKR Badrul Hisham Shaharin atau sinonim dengan gelaran Chegu Bard dikatakan bakal dicalonkan di kerusi parlimen sama ada di Kedah atau Penang pada pilihanraya raya umum akan datang. Ini disebabkan kerana lawan yang bakal dihadapinya di kerusi parlimen Rembau adalah merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin. Kesukaran untuk mengugat kredibiliti dan karisma yang ada pada Khairy dikatakan menjadi faktor utama dia dipindahkan. Walaupun secara teorinya sebagai Ketua PKR Cabang Rembau, dia seharusnya bertanding di sana. 


Sebelum kita pergi dengan lebih jauh, ada baiknya penulis nukilkan sedikit latar belakang pemuda yang kononnya merupakan ‘pahlawan baru’ Anwar Ibrahim dalam meneruskan kelangsungan politik PKR. Ketika pemilihan parti Keadilan pada 2010, dia telah menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua Angkatan Muda (AMK) namun tewas di tangan Shamsul Iskandar.

Menurut sumber dalaman PKR, kekalahannya adalah disebabkan campur tangan Azmin Ali bagi menyekatkan pengaruh Chegu Bard. Akibat dari kekalahan tersebut dia mula tawar hati dengan perjuangan PKR. Namun setelah dipujuk oleh beberapa kepimpinan lain akhirnya dia akur unutk kekal bersama PKR dan mengasas Solidariti Anak Muda Malaysia sebagai platform untuknya bergerak.

Disebabkan ‘jasa baktinya’ mewujudkan gerakan agresif orang muda, Anwar berniat membalasnya dengan memberikan kerusi selamat agar tidak kecundang dalam PRU-13 nanti. Antara kerusi yang disebut-sebut ialah Kulim-Bandar Baru, Padang Serai (Kedah) dan Nibong Tebal atau Bayan Baru (Pulau Pinang).

Namun begitu, percaturan Anwar itu tidak begitu disenangi oleh pimpinan PKR yang lain. Ini kerana Saifuddin Nasution Ismail juga dikatakan telah mula mengintai untuk beralih angin ke kerusi Kulim-Bandar Baru dan Padang Serai oleh R. Surendran. Manakala untuk kerusi Nibong Tebal dan Bayan Baru telah mula menjadi rebutan antara pimpinan PKR di kawasan tersebut yang merasakan mereka lebih layak kerana merupakan anak jati di kawasan tersebut.

Maka percaturan Anwar untuk menyelamatkan politik Chegu Bard bakal berhadapan dengan jalan sukar. Ini kerana Anwar sedar sekiranya tersilap langkah, ada kemungkinan jentera parti akan memberikan tentangan terhadap keputusannya dan memberikan undi protes atas ketidakwajaran Anwar yang ‘pilih kasih’.

Persoalannya sekiranya benar, Chegu Bard adalah merupakan ayam sambung untuk PKR, maka apa perlu untuknya ‘dilarikan’. Hanya kerana ingin memastikan Chegu Bard menang mudah, Anwar terpaksa membuka ‘kitab hikmatnya’ bagi memastikan keputusannya diterima tanpa ada sebarang unsur sabotaj dalaman.

Kesimpulannya, Chegu Bard bukanlah hebat sangat seperti yang diwar-warkan sebelum ini, kerana tidak berani untuk berdepan secara anak jantan dengan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Jadi benarlah dakwaan yang dikatakan sebelum ini, Chegu Bard sebenarnya ‘pondan’ yang penakut untuk berdepan dengan realiti politik sebenar.

Patutlah ketika Bersih 3.0, setelah membakar pendengar dengan ucapan yang berdegar-degar untuk ‘bermandi darah’ ketika berceramah pada malam sebelum demo tersebut bagi melaksanakan “apa yang tersirat”. Tetapi apabila ditahan polis, Chegu Bard ‘sujud menyembah’ agar tidak diapa-apakan. Sekiranya inilah ayam sambung Anwar, maka lawan yang sesuai untuk Chegu Bard hanya setanding Ketua Pemuda Cawangan di dalam UMNO.

1 comment:


  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...