Tuesday, May 29, 2012

FATWA SESAT!!! MANGSA MEMALI MATI SIA-SIA???


Kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang mengatakan fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan benar-benar membuatkan para penyokong PAS tidak senang duduk. Namun yang lebih gusar ialah waris yang terdiri daripada balu-balu dan anak-anak 14 orang mangsa yang terkorban di dalam insiden berdarah Memali di mukim Siong, Baling Kedah 27 tahun yang lalu.


Sebagai makluman, insiden Memali adalah merupakan tragedi berdarah bilamana Allahyarham Ibrahim Libya enggan menyerah diri untuk di tahan ekoran dari ceramah dan ajarannya yang ekstrem konon untuk menuntut Jihad dengan menentang kerajaan.Yang mana insiden itu akhirnya turut mengorbankan 4 orang anggota polis.

14 orang mangsa yang terkordan itu telah dianggap syahid oleh PAS dan pengikutnya. Hinggakan mayat mereka tidak dimandi dan dikafankan mengikut kelaziman atas dasar kononnya mereka telah syahid. Persoalannya sekiranya benar mereka syahid, moga Allah swt merahmati dan memberikan keberkatan ketas mereka. Namun andai sebaliknya, siapakah yang harus dipertanggungjawab???

Menurut Sheikh Sulaiman lagi, kaedah kafir mengkafir yang digunakan oleh sesetengah orang Islam dan ahli politik untuk memancing undi, ia tidak dibenarkan terutama jika digunakan terhadap seorang muslim yang masih lagi mengamalkan amalan Islam yang zahir serta masih mengucap dua kalimah syahadah.

Sesiapa yang menggunakan pendekatan itu terhadap umat Islam maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud : ''Sesiapa yang berkata kepada saudara Islamnya 'Wahai Kafir' tuduhan itu akan kembali kepadanya.''
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...