Ostad Azizan Merobah Kedah menjadi DARUL URUT |
Seramai 28 pendatang tanpa izin rakyat Myanmar dan Kemboja ditahan
dalam Ops 6P Jabatan Imigresen Kedah di tiga lokasi di Pendang, dekat
sini awal Jumaat.
Antara yang ditahan dalam operasi tiga jam mulai pukul 1 pagi itu ialah
seorang wanita yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan
bayinya berusia empat bulan.
Tiga kawasan yang diperiksa itu ialah Kampung Bukit Kechik, Kampung
Badak dan sebuah tapak pembinaan Taman Teratai, Pendang, kata Ketua
Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri Nar Azaman Ibrahim.
"Ketika serbuan di tapak pembinaan, 10 pendatang tanpa izin sedang
bermain judi dan hasil pemeriksaan, kami mendapati lima daripada mereka
memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi
Orang Pelarian (UNHCR) palsu," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.
Beliau berkata mereka yang ditahan dalam serbuan itu berusia antara 19
dan 60 tahun serta dua kanak-kanak perempuan berusia antara 2 dan 11
tahun.
Sementara itu, Nar Azaman berkata pihaknya menahan lima lelaki, empat
daripadanya pendatang tanpa izin rakyat Myanmar dalam pemeriksaan
terhadap sebuah kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bukit
Kobah, Pendang pada pukul 9.30 pagi ini.
No comments:
Post a Comment