Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir
Khalid kecewa apabila 'soalan panas' yang disenaraikan, tidak sempat
dijawab semasa sidang DUN Isinin. Mahdzir kesal persoalan penting yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri
seperti isu membabitkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tidak dapat
dibincangkan secara terbuka dalam persidangan DUN.
"Soalan-soalan panas diletakkan di belakang. Sidang hari ini cuma sejam
setengah, cuma lima soalan saja sempat dijawab, soalan pasal Kuin duduk
nombor 29. Sepatutnya perkara ini perlu dibincangkan, sebab Kuin sedang
menghadapi masalah kewangan dan pengurusan," katanya ketika ditemui
pemberita selepas persidangan hari ini.
Beliau mendakwa petugas Kuin, termasuk pensyarah, kini dibelenggu
masalah kebajikan mereka tidak terbela seperti tidak dibayar gaji yang
sepatutnya, lambat dibayar gaji dan ada yang tidak mendapat kenaikan
gaji.

No comments:
Post a Comment