Masalah banjir kilat akibat sistem perparitan tidak sempurna dan jalan rosak yang menghantui penduduk Taman Uda di sini mendapat perhatian Barisan Nasional (BN). Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, masalah berkenaan terutama banjir kilat di taman perumahan itu disebabkan sistem perparitan lama yang tidak dapat menampung kapasiti air. Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, ia biasa berlaku di taman-taman perumahan lama ekoran pembangunan sekeliling yang pesat.
Showing posts with label Alor Setar. Show all posts
Showing posts with label Alor Setar. Show all posts
Friday, July 6, 2012
BN CARI JALAN BANTU PENDUDUK TAMAN UDA
Masalah banjir kilat akibat sistem perparitan tidak sempurna dan jalan rosak yang menghantui penduduk Taman Uda di sini mendapat perhatian Barisan Nasional (BN). Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, masalah berkenaan terutama banjir kilat di taman perumahan itu disebabkan sistem perparitan lama yang tidak dapat menampung kapasiti air. Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, ia biasa berlaku di taman-taman perumahan lama ekoran pembangunan sekeliling yang pesat.
Labels:
Ahli Parlimen,
Alor Setar,
Barisan Nasional,
BN,
Chor Chee Heung,
Taman UDA
Thursday, July 5, 2012
7 MOHON SEMAKAN KEHAKIMAN KUBUR KOMERSIL MUKIM KARANGAN
Tujuh pemilik tanah mengemukakan permohonan semakan kehakiman di
Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam, bagi mencabar kebenaran merancang
Majlis Perbandaran Kulim (MPK) terhadap Lot 483 untuk pembangunan projek
kubur komersil di mukim Karangan, Kulim.
Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun menetapkan Rabu ini untuk mendengar
permohonan berkenaan, termasuk keputusan Exco Kedah pada 22 Februari
tahun lalu, menukar status tanah rizab Melayu pertanian kepada rizab
Melayu perkuburan komersil bukan Islam.
Mee Chun membuat keputusan itu dalam kamarnya semalam.
Labels:
Alor Setar,
Karangan,
Kulim,
Mahkamah Tinggi,
Majlis Perbandaran,
MPK
Tuesday, July 3, 2012
KERAJAAN PAS GAGAL SEDIAKAN PERUMAHAN RAKYAT
![]() |
| Contoh Perumahan Rakyat yang gagal disediakan oleh PAS Kedah |
Kerajaan persekutuan kesal dengan kerajaan PAS Kedah yang tidak
menunaikan janji untuk membina rumah kos rendah kepada rakyat setelah
menang pilihan raya umum (PRU) 2008.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung
berkata beliau kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang gagal
menunaikan janji yang ditaburkan kepada rakyat negeri ini.
Katanya walaupun pelbagai alasan yang diberikan seperti mahu mengubah
pelan perumahan di beberapa daerah, namun ia hanya untuk menutup
kelemahan kerajaan pembangkang itu.
Labels:
Ahli Parlimen,
Alor Setar,
Azizan Abdul Razak,
Bandar Darul Aman,
Chor Chee Heung,
Kedah,
Kerajaan,
PAS,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Saturday, June 16, 2012
MAI PI ALOQ SETAR, OSTAD AZIZAN DAH LULUIHKAN KELAB MALAM BARU
![]() |
| Banner promosi pembukaan kelab malam baru Alor Setar |
Ramai yang pasti tidak percaya, sekiranya ada yang mengatakan slogan Pas suatu ketika dahulu untuk 'Membangun Bersama Islam' hanya retorik semata-mata. Tidak kurang juga pasti ada yang akan marah kononnya kenyataan itu cuba untuk menghina golongan `Ulamak` yang ada di dalam Pas. Namun ia bukanlah satu kenyataan kosong yang sengaja direka-reka, kerana pada sesiapa yang mengunakan jalan di sekitar Mergong, Alor Setar baru-baru ini pasti akan melihat `banner' promosi mengenai pembukaan kelab malam baru di sana.
Labels:
Alor Setar,
Kedah,
Mergong,
Ostad Azizan,
PAS,
Ularma
Wednesday, June 13, 2012
MAHKAMAH HALANG KEPUTUSAN AZIZAN HALAU PENDUDUK
![]() |
| Negara Berkebajikan Hanya RETORIK PAS |
Seramai
141 penghuni rumah pangsa Seri Gemilang, Kampung Batin di Alor Setar
yang diarah mengosongkan kediaman itu oleh kerajaan Kedah, berjaya
mendapatkan perintah injunksi interim yang menghalang mereka daripada
diusir. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Alor Setar, See
Mee Chun mengeluarkan perintah itu setelah mendengar permohonan peguam
yang mewakili mereka, Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid, di dalam kamar
semalam.
Labels:
Alor Setar,
Kampung Batin,
Negara Berkebajikan,
PAS,
Seri Gemilang,
SUK Negeri,
Wisma Darul Aman
Saturday, June 2, 2012
DULU DEPA KATA NAK LELONG, LA NI NAK TAWAN PULAK, ISH LOLAQ SUNGGUH
PENGANJURAN program 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Stadium Darulaman di Alor Setar, Kedah semalam, mengundang kelucuan bagi sesetengah rakyat negeri ini yang masih tidak lupa apa yang dilaungkan oleh pakatan pembangkang kira-kira lebih sedekad lalu. Ketika Putrajaya mula dibuka oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekitar 1999, parti pakatan pembangkang bersama Pas menjaja dakyah-dakyah antaranya ia adalah mega projek oleh kerajaan yang membazir dan menghabiskan duit rakyat.
Labels:
Alor Setar,
Azizan Abdul Razak,
HImpunan Hijau,
Kedah,
KUIN,
KWSP,
Mahathir Mohamad,
NIk Aziz,
PAS,
Perkeso,
Putrajaya,
Stadium Darul Aman,
Tun Dr
Thursday, May 24, 2012
Pemuda Umno Kedah desak Azizan letak jawatan
Pergerakan Pemuda Umno Kedah hari ini mendesak Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak melepaskan jawatan setelah beliau gagal menjawab isu projek bernilai hampir RM37 bilion yang didakwa tidak dibuat secara tender terbuka. Ketuanya Badrulhisham Hashim berkata selaku ketua pentadbir kerajaan negeri, Azizan perlu memikul tanggungjawab menjelaskan isu terbabit kepada rakyat, sekali gus menghapuskan prasangka buruk pelbagai pihak terhadap Pas.
Labels:
Alor Setar,
Aman Central,
Azizan Abdul Razak,
Badrulhisham Hashim,
Gerakan,
Kedah,
Kuala Ketil,
KUIN,
MB,
PAS,
Pemuda,
Sulihh,
Tan Keng Liang,
UMNO
Wednesday, May 23, 2012
Latt Shariman beri petani kudung harapan
![]() |
| Gambar Hiasan |
Penantian seorang petani miskin di Kampung Hutan Serdang, Mukim Padang
Hang dekat sini untuk mendapatkan kaki palsu sejak 2010, bakal berakhir
apabila masalahnya mendapat perhatian Datuk Latt Shariman Abdullah. Che Hassan Noh, 63, berkata harapannya terpadam kerana kaki palsu yang
diharapkannya tidak sampai walaupun syarikat yang dilantik Kementerian
Kesihatan dua kali datang ke rumahnya untuk mengukur kakinya yang
kudung.
Labels:
Alor Setar,
Che Hassan,
Disember,
Kementerian Kesihatan,
Kuala Kedah,
Lat Shariman
Friday, May 18, 2012
Is the opposition pact in Kedah breaking up?
Arguably, the DAP and PKR may have a hard time during the next general election in PAS-led Kedah where much of their support comes from the non-Malays.
Labels:
Alor Setar,
BN,
Gerakan,
Kedah,
Lee Guan aik,
Malay
Wednesday, May 16, 2012
Pakatan pembangkang di Kedah berpecah?
Boleh dikatakan DAP dan PKR akan menghadapi kesukaran pada pilihan raya akan datang di Kedah yang dipimpin PAS kerana kebanyakan sokongan mereka datang daripada bukan Melayu.
Labels:
Alor Setar,
Azizan Abdul Razak,
BN,
bumiputera,
DAP,
Lee Guan aik,
Melayu,
Pakatan Rakyat,
PAS,
PKR
Pas Kedah Korban Tanah Wakaf Demi Pusat Hiburan?????
Menteri Besar Kedah, Ostad Azizan
Abdul Razak bertegas untuk membenarkan kontraktor merobohkan Madrasah Salihiah
walaupun beliau berkemungkinan akan berdepan dengan tindakan undang-undang.
Persoalannya mengapakah beliau begitu bersemangat untuk mengambil-alih tanah
wakaf khusus untuk warga Islam di Kanchut, Alor Setar.
Labels:
Alor Setar,
Azizan Razak,
Hadi Awang,
Kanchut,
Madrasah Salihiah,
MB Kedah,
NIk Aziz,
PAS
Subscribe to:
Posts (Atom)








