Parti Gerakan Kedah pada Rabu mendedahkan satu lagi projek kerajaan
negeri Kedah yang didakwa terbengkalai selepas tiga tahun dilancarkan
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata projek itu ialah
pembangunan Bandar Tunku Puteri di atas tanah milik kerajaan negeri di
Gajah Mati, Pokok Sena dekat sini yang melibatkan pembinaan 528 rumah
kos rendah dan 400 unit rumah mampu milik.
"Bandar berkeluasan 400 ekar (160 hektar) itu juga dirancang sebagai
pusat pentadbiran daerah Pokok Sena yang baru diisytiharkan sebagai
daerah kecil pada Februari 2009," katanya.
Katanya ketika pihaknya melakukan tinjauan di tapak projek berkenaan
beberapa hari lalu tiada sebarang kerja infrastruktur dimulakan dan
kawasan itu juga sudah ditumbuhi semak samun manakala papan tanda projek
sudah rosak.
Tan berkata projek berkenaan dikendalikan oleh anak syarikat milik
penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) (yang dimiliki 55 peratus oleh
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah) iaitu Darulaman Realty.
No comments:
Post a Comment