Sejak kebelakangan ini, seolah-seolah telah menjadi trend politik semasa, buat pemimpin Umno yang telah melepasi zon 'menopouse' meninggalkan parti keramat ini untuk menyokong pakatan rakyat. Namun ia semua dilakukan bukanlah kerana mendokong ideologi atau menganuti fahaman Anuwar Ibrahim, tetapi lebih kepada ingin menerus 'nyawa' politik mereka yang telah sampai ke hujung usia.
Sebagai contoh, sebelum ini kecoh apabila mantan menteri merangkap ketua Umno bahagian, Kadir Syeikh Fadir yang telah bersara, tetapi muncul semula di pentas politik pembangkang dengan membuat pelbagai kenyataan yang menkritik dan menghentam dasar kerajaan BN yang suatu ketika dahulu menjadi darah dan daging mereka.
Ternyata, trend itu tidak berhenti setakat di situ, ia seolah-olah telah mula menjadi ikutan beberapa pemimpin politik di Kedah, hanya kerana merasakan Anwar akan mampu menawan Putrajaya di dalam PRU13. Oleh itu sebagai jalan selamat, mereka yang telah 'menopouse' ini kembali aktif.
Yang lebih mengelikan hati ialah, mereka-mereka ini yang suatu ketika dahulu pernah dikritik, dihina, dicaci di pentas-pentas ceramah pakatan telah diangkat dan dijulang oleh pengikut fanatik fahaman pakatan ini sebagai pejuang, hero dan sebagainya.
Namun, sedar atau tidak, golongan 'menopouse' ini terlupa, suatu ketika dahulu semasa di dalam Umno, mereka pernah mengumpul segala macam harta kekayaan yang menimbun melalui Barisan Nasional. Dan ia langsung tidak dipertikaikan. mereka juga tidak pernah dipersoalkan, mengapakah ketika bersama Umno, mereka tidak memperjuangkan apa yang mereka rasa perlu seperti sekarang? Mengapakah ketika dipinjamkan kuasa oleh Allah swt suatu ketika dahalu, tidak pernah kedengaran sebarang isu yang dibangkit?
Bukankah golongan 'menopouse' ini boleh dikategorikan merupakan pemimpin munafik paling hebat setaraf dengan Anwar Ibrahim? Kesimpulannya, semua maklumat mereka, ada baiknya disimpan dahulu bagi didedahkan di masa dan waktu yang sesuai.
Saksikan rumah golongan 'menopouse' ini.
No comments:
Post a Comment