Friday, June 22, 2012

DUN KOTA SEPUTEH MAHKAMAH TANGGUH PENGHAKIMAN


Mahkamah Persekutuan akan memutuskan sama ada ketidakhadiran wakil rakyat Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif pada dua persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah membawa kepada kegagalan menghadiri dua mesyuarat berturut-turut, menyebabkan kerusi itu dikosongkan. Panel lima anggota diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menangguhkan penghakiman selepas mendengar hujahan rayuan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail.


Abdul Isa merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 18 Ogos tahun lalu yang memutuskan tiada pengosongan kerusi di kawasan itu selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Abu Hassan.

Hakim Zulkefli berkata mahkamah tidak akan terburu-buru dalam memutuskan rayuan itu dan akan memberi alasan penuh dalam penghakiman. Panel tersebut dianggotai oleh hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Mohd Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Zainun Ali.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...