Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

ANWAR PERNAH TIBAI DAP DAN PAS

Zamil menunjukkan CD yang mengandungi ucapan Anwar hina PAS dan DAP

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim akan mendedahkan rakaman Datuk Seri Anwar Ibrahim 'menghentam' rakan sekutunya dalam satu mesyuarat tertutup Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zon Utara di Pulau Pinang pada 9 Januari 2008. Menurutnya, beliau akan mengambil tindakan itu jika Ketua Pembangkang tersebut gagal menjawab secara jujur mengenai rakaman berkenaan yang diterima dalam bentuk cakera padat (CD) daripada seorang Ketua Cabang PKR di Kedah.

Friday, June 22, 2012

GOLONGAN 'MENOPOUSE' YANG KEMBALI MENYALAK DEMI KUASA


Sejak kebelakangan ini, seolah-seolah telah menjadi trend politik semasa, buat pemimpin Umno yang telah melepasi zon  'menopouse' meninggalkan parti keramat ini untuk menyokong pakatan rakyat. Namun ia semua dilakukan bukanlah kerana mendokong ideologi atau menganuti fahaman Anuwar Ibrahim, tetapi lebih kepada ingin menerus 'nyawa' politik mereka yang telah sampai ke hujung usia.

Monday, June 11, 2012

DARI LANGKAWI... AMUKAN GELOMBANG MERAH LANGKAWI

Masyarakat perlu menilai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus berdiam diri berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pemilikan 20 akaun Ketua Pembangkang itu. Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan Anwar yang seperti ‘menikus’ itu menimbulkan persoalan kerana beliau sentiasa aktif menjawab dakwaan atau melemparkan tuduhan menerusi Twitter miliknya hampir setiap hari.

Wednesday, May 16, 2012

Aktiviti Balak : Azizan Razak Rakus!!!!!!


Pendedahan di beberapa buah blog pro-UMNO/BN dari Kedah baru-baru ini mengenai skandal aktiviti pembalakan di beberapa hutan simpan di negeri itu benar-benar mengejutkan ramai pihak.
Meskipun ia dianggap remeh oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah yang berbangga dengan hasil pungutan balak yang mencecah RM80 juta pada tahun lalu, pendedahan tersebut jelas membuka ramai pihak mengenai “rahsia” modus operandi dan pembolotan hasil semulajadi di negeri Jelapang Padi itu.

Why no open tenders in Kedah?


Kedah Gerakan Youth chief Tan Keng Liang today asked why the Pakatan-led Kedah state government failed to adhere its Buku Jingga on open tenders.
Buku Jingga is Pakatan’s a long-term administration master plan presented in 2010, promising to implement them should they takeover the Federal Government in 13th general election.

Tuesday, May 15, 2012

Dokumentari Khas : BERSIH itu KOTOR...

 

 Kepada rakyat Malaysia, saksikanlah dan renungkan dengan mata hati agar tidak terpedaya dengan permainan politik pembangkang semata-mata untuk mengangkat Anwar Ibrahim ke kerusi Perdana menteri di Putrajaya...

TOLAK PAKATAN DALAM PRU-13

Pakatan Terdesak, Sanggup Tipu Fatwa Al-Qaradawi



Demi kerana kuasa, pasukan gerak saraf pakatan sanggup melakukan apa sahaja. Terbaru satu poster telah dikesan di Changlun, Kedah Darul Aman yang memaparkan ‘fatwa sonsang’ juak-juak pakatan yang mengunakan nama Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi. Kenyataan tersebut ditemui melalui kain rentang yang menyatakan ‘Barangsiapa Yang Mereka Fitnah Liwat Keatas Anwar Ibrahim Adalah Munafik dan Barangsiapa Yang mempercayainya Adalah Fasik’
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...