Sejak kebelakangan ini, seolah-seolah telah menjadi trend politik semasa, buat pemimpin Umno yang telah melepasi zon 'menopouse' meninggalkan parti keramat ini untuk menyokong pakatan rakyat. Namun ia semua dilakukan bukanlah kerana mendokong ideologi atau menganuti fahaman Anuwar Ibrahim, tetapi lebih kepada ingin menerus 'nyawa' politik mereka yang telah sampai ke hujung usia.
