Friday, June 22, 2012

AKIBAT DESAKAN DAP, PAS KEDAH AKUR DENGAN RUMAH URUT DAN PUSAT KARAOKE

Desakan DAP, Kedah akur dengan pusat urut dan karaoke
Pas terpaksa menerima, hakikat DAP bukanlah rakan yang boleh dan senang untuk diajak berbincang. Sebelum ini, ketika kempen pilihanraya dan pentas-pentas ceramah mereka beguti hebat dan gah melaungkan slogan negara Islam dan pelbagai sandiwara lain demi memancing undi. Namun apabila diberikan kuasa, mereka akhirnya sedar perlaksanaan  tidaklah semudah laungan slogan.


Ini kerana, setelah diberi kuasa untuk memimpin kerajaan negeri, semua tuduhan dan tohmahan yang pernah dilemparkan kepada UMNO dan BN suatu ketika dahulu akhirnya mula terpalit kepada mereka. Asakan yang bertali arus dari pimpinan DAP baik dari peringkat negeri dan pusat telah menyebabkan PAS tersungkurlayu di kaki DAP. Semua permohonan terpaksa diluluskan satu demi satu.

Walaupun kerajaan pimpinan ostad Azizin cuba untuk menafikan, namun rakyat Kedah dapat melihat bagaimana satu demi satu rumah-rumah urut, karaoke dan pelbagai pusat hiburan berdiri megah di negeri jelapang padi itu. Buat pimpinan Pas kedah, tahniah kerana terbukti slogan negara Islam, negara berkebajikan dan yang terbaru Islam sebagai Ad-Din hanyalah retorik murahan semata-mata.

Teruskan untuk menjadi kuda tunggangan DAP, kerana akhirnya semua perjuangan Islam yang dilaungkan selama ini, pasti akan gugur menyembah bumi.


2 comments:

  1. Salam tn, blog handalan tn ini telah dilink kan. Selamat berjuang. Tk

    ReplyDelete
  2. Blog tuan sudahpun MKT link ke dalam blog picisan MKT....harap maklum dan selamat berjuang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...