Saturday, July 21, 2012

MAHADZIR KECEWA, KERAJAAN TAKUT JAWAB SOALAN PANAS


Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid kecewa apabila 'soalan panas' yang disenaraikan, tidak sempat dijawab semasa sidang DUN Isinin. Mahdzir kesal persoalan penting yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri seperti isu membabitkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tidak dapat dibincangkan secara terbuka dalam persidangan DUN.

PUSAT HIBURAN, OSTAD AZIZAN DIMINTA AMBIL TINDAKAN

Pusat Hiburan di Kedah

Kerajaan Negeri Kedah diminta segera mengambil tindakan berhubung dakwaan pusat hiburan tumbuh macam cendawan lepas hujan di negeri ini terutama di bandaraya ini yang telah menimbulkan kebimbangan orang ramai. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata banyak blog dan laman sosial Facebook yang menyiarkan tentang pusat-pusat hiburan itu dan itu jelas menunjukkan masyarakat tidak suka dengan kewujudan pusat hiburan itu.

Wednesday, July 11, 2012

CHEGU BARD PONDAN, HARAPKAN BADAN JE BESAR?



Ayam tambatan PKR Badrul Hisham Shaharin atau sinonim dengan gelaran Chegu Bard dikatakan bakal dicalonkan di kerusi parlimen sama ada di Kedah atau Penang pada pilihanraya raya umum akan datang. Ini disebabkan kerana lawan yang bakal dihadapinya di kerusi parlimen Rembau adalah merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin. Kesukaran untuk mengugat kredibiliti dan karisma yang ada pada Khairy dikatakan menjadi faktor utama dia dipindahkan. Walaupun secara teorinya sebagai Ketua PKR Cabang Rembau, dia seharusnya bertanding di sana. 

ANWAR PERNAH TIBAI DAP DAN PAS

Zamil menunjukkan CD yang mengandungi ucapan Anwar hina PAS dan DAP

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim akan mendedahkan rakaman Datuk Seri Anwar Ibrahim 'menghentam' rakan sekutunya dalam satu mesyuarat tertutup Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zon Utara di Pulau Pinang pada 9 Januari 2008. Menurutnya, beliau akan mengambil tindakan itu jika Ketua Pembangkang tersebut gagal menjawab secara jujur mengenai rakaman berkenaan yang diterima dalam bentuk cakera padat (CD) daripada seorang Ketua Cabang PKR di Kedah.

Tuesday, July 10, 2012

KEADAAN DI KUIN KRITIKAL


Kemelut yang melanda Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sehingga warga kerjanya membuat laporan polis menunjukkan masalah itu semakin kritikal dan bukan perkara kecil. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata apa yang berlaku di Kuin menunjukkan kolej universiti itu berada dalam keadaan kritikal walaupun Pengerusinya Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar mengatakan ia perkara kecil dan tidak perlu campur tangan pihak luar iaitu Kementerian Pengajian Tinggi.

OSTAD AZIZAN DAH TAKUT, UGUT UNTUK KENAKAN OSA


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pada Isnin tampil mempertahankan Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang yang diugut dengan tindakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) oleh kerajaan Kedah kerana sering mendedahkan kepincangan dasar kerajaan negeri. Ahmad Bashah berkata BN tidak gentar dengan ugutan itu dan akan mempertahankan Tan kerana apa yang diperkatakannya adalah benar bukan rekaan atau fitnah.

Friday, July 6, 2012

BN CARI JALAN BANTU PENDUDUK TAMAN UDA


Masalah banjir kilat akibat sistem perparitan tidak sempurna dan jalan rosak yang menghantui penduduk Taman Uda di sini mendapat perhatian Barisan Nasional (BN). Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, masalah berkenaan terutama banjir kilat di taman perumahan itu disebabkan sistem perparitan lama yang tidak dapat menampung kapasiti air. Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, ia biasa berlaku di taman-taman perumahan lama ekoran pembangunan sekeliling yang pesat.

UMNO ANJUR PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR.. APA KERAJAAN PAS BUAT???


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini melancarkan program bagi mempertingkat kecekapan pelajar yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Program Zoom A itu, melibatkan 2,600 pelajar dari 104 sekolah rendah di negeri ini, merupakan satu alternatif baharu yang lebih berkesan berkonsepkan pelajaran kendiri atas talian yang mengandungi empat subjek utama bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains,".

Thursday, July 5, 2012

7 MOHON SEMAKAN KEHAKIMAN KUBUR KOMERSIL MUKIM KARANGAN


Tujuh pemilik tanah mengemukakan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam, bagi mencabar kebenaran merancang Majlis Perbandaran Kulim (MPK) terhadap Lot 483 untuk pembangunan projek kubur komersil di mukim Karangan, Kulim.

Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun menetapkan Rabu ini untuk mendengar permohonan berkenaan, termasuk keputusan Exco Kedah pada 22 Februari tahun lalu, menukar status tanah rizab Melayu pertanian kepada rizab Melayu perkuburan komersil bukan Islam.
Mee Chun membuat keputusan itu dalam kamarnya semalam.

Wednesday, July 4, 2012

KUIN, UNISEL DAN SAUDAGAR JANJI

KUIN DAN UNISEL DI BAWAH PENTADBIRAN PAKATAN

KIAN hari kian sukar untuk kita tidak mempercayai penilaian buruk bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP telah mendustakan rakyat. Ini kerana sedang janji dan ikrar lama belum tertunai, mereka terus menerus menabur janji baru. Cuma liciknya, mereka bijak menyalut janji baru dalam bentuk harapan dan menyalahkan pula pihak lain sambil mengembar-gemburkan soal-soal rasuah dan kroni Kerajaan Pusat yang entah di mana hujung dan pangkalnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...