![]() |
| KUIN DAN UNISEL DI BAWAH PENTADBIRAN PAKATAN |
KIAN hari kian sukar untuk kita tidak mempercayai penilaian buruk
bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP telah mendustakan
rakyat. Ini kerana sedang janji dan ikrar lama belum tertunai, mereka
terus menerus menabur janji baru. Cuma liciknya, mereka bijak menyalut janji baru dalam bentuk
harapan dan menyalahkan pula pihak lain sambil mengembar-gemburkan
soal-soal rasuah dan kroni Kerajaan Pusat yang entah di mana hujung dan
pangkalnya.
