Demi kerana kuasa, pasukan gerak saraf pakatan sanggup melakukan apa sahaja. Terbaru satu poster telah dikesan di Changlun, Kedah Darul Aman yang memaparkan ‘fatwa sonsang’ juak-juak pakatan yang mengunakan nama Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi. Kenyataan tersebut ditemui melalui kain rentang yang menyatakan ‘Barangsiapa Yang Mereka Fitnah Liwat Keatas Anwar Ibrahim Adalah Munafik dan Barangsiapa Yang mempercayainya Adalah Fasik’
Ia dilakukan semata-mata untuk mengelaburi orang-orang kampung dalam memastikan pakatan terus berkuasa menerajui kerajaan negeri Kedah dan merampas kerajaan pusat.
Umum mengetahui, sejak kebelakangan ini, kerajaan negeri Kedah dilihat semakin bercelaru ekoran dari perpecahan dalaman pengikut fanatik Pas. Satu pihak cenderung menyokong Ustaz Azizan dan satu kumpulan lagi telah mula memihak kumpulan dan penyokong ‘Endorgan’ yang cenderung untuk mengangkat ideologi Anwar Ibrahim. Golongan ini sedang berusaha untuk menguasai dan mengawal Pas secara ‘dalaman’ bagi menyingkirkan kepimpinan ‘ulama Pas’ yang suatu ketika dahulu pernah digelar sebagai ‘Ulama Terompah Kayu’ oleh Anuar Ibrahim.
Perpecahan dalaman itu juga telah merebak di dalam PKR dan DAP, bilamana mereka sering berbalah diatas satu sama lain atas pelbagai isu. Ternyata gabungan pakatan yang mereka bentuk ini amat rapuh dan bakal pecah pada bila-bila masa sahaja.
Berbalik kepada isu ‘fatwa songsang’ itu, ia dipercayai bagi mengelirukan orang-orang kampung yang rata-rata bekerja sebagai nelayan, petani dan pesawah untuk terus menumpahkan ‘taat dan setia’ bagi menyokong pakatan semasa PRU-13 nanti.
Dengan kecanggihan teknologi maklumat, hasil dari kebijaksanaan kerajaan BN mengurus tadbir negara selama ini, beberapa inisiatif telah digerakkan untuk memeriksa semula kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi selama ini. Namun tiada satu pun yang dijumpai bagi menyokong kenyataan tersebut. Jelas kesahihan tersebut amat diragukan.
Difahamkan juga, beberapa kumpulan NGO sedang dalam perancangan untuk membuat laporan polis, bagi membolehkan satu siatasan dijalankan. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan agar orang ramai terutama mereka yang tinggal di luar bandar, tertipu dengan dakyah-dakyah murahan seperti itu. Selain dari itu, ia bagi membersihkan nama ulama Islam tersohor ini dari terus diperalatkan. Sekiranya perkara seumpama ini tidak dibendung, dikhuatiri boleh menjejaskan hubungan dua hala antara negara.
Sebagai contoh, lihat sahaja kempen Bersih yang dilakukan oleh sebilangan rakyat Malaysia yang tidak berfikir secara matang di perkarangan Masjid Nabawi tidak berapa lama dahulu. Natijah dari perbuatan itu, berkemungkinan akan mengakibatkan quota haji dan umrah untuk rakyat Malaysia ditarik balik oleh kerajaan Arab Saudi.
Sudah menjadi resam dan pendekatan Anwar sejak dahulu, demi untuk memastikan dirinya terus relevan, dia sanggup menguna pelbagai usaha dan cara sehinggakan mengekploitasi pemimpin-pemimpin negara luar semata-mata untuk memastikan dirinya terus relevan menduduki Putrajaya.
No comments:
Post a Comment