Tuesday, June 26, 2012

RAKYAT PERLU TERUS TOLAK AMBIGA


Rakyat terutama masyarakat India perlu menolak bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga yang menyokong hak kaum lesbian, biseksual, gay dan transgender (LBGT) di negara. Ketua Pemuda MIC Bahagian Padang Serai, Kedah, S. P. Saravanan berkata, seks songsang dan bebas yang dibawa dari barat tersebut tidak perlu dibawa ke dalam negara.


"Dalam agama Hindu sendiri mengharamkan seks songsang, begitu juga dengan agama-agama lain. Maka, tidak perlu kita mengikut budaya yang telah diharamkan ini. Bukan semua perkara barat kita perlu ikut, apa yang baik kita contohi manakala yang tidak baik dijauhi," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Ambiga yang sebelum ini lantang menyokong LBGT. Pelbagai pihak juga sebelum ini telah membantah sokongan Pengerusi Bersih itu terhadap golongan LBGT.

Tambah Saravanan, selama ini Ambiga tidak membantu masyarakat India, namun kini tiba-tiba muncul ingin membantu rakyat.

"Implikasi seks songsang dan bebas ini bukan sahaja kepada institusi keluarga malah imej negara akan terjejas," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...