Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir
Khalid kecewa apabila 'soalan panas' yang disenaraikan, tidak sempat
dijawab semasa sidang DUN Isinin. Mahdzir kesal persoalan penting yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri
seperti isu membabitkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tidak dapat
dibincangkan secara terbuka dalam persidangan DUN.
Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts
Saturday, July 21, 2012
MAHADZIR KECEWA, KERAJAAN TAKUT JAWAB SOALAN PANAS
PUSAT HIBURAN, OSTAD AZIZAN DIMINTA AMBIL TINDAKAN
![]() |
| Pusat Hiburan di Kedah |
Kerajaan Negeri Kedah diminta segera mengambil tindakan berhubung
dakwaan pusat hiburan tumbuh macam cendawan lepas hujan di negeri ini
terutama di bandaraya ini yang telah menimbulkan kebimbangan orang
ramai. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
berkata banyak blog dan laman sosial Facebook yang menyiarkan tentang
pusat-pusat hiburan itu dan itu jelas menunjukkan masyarakat tidak suka
dengan kewujudan pusat hiburan itu.
Labels:
Ahmad Bashah,
alr setar,
Badan Perhubungan,
Kedah,
Md Hanipah,
Pengerusi,
pusat hiburan,
UMNO
Wednesday, July 11, 2012
ANWAR PERNAH TIBAI DAP DAN PAS
![]() |
| Zamil menunjukkan CD yang mengandungi ucapan Anwar hina PAS dan DAP |
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah,
Zamil Ibrahim akan mendedahkan rakaman Datuk Seri Anwar Ibrahim
'menghentam' rakan sekutunya dalam satu mesyuarat tertutup Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Zon Utara di Pulau Pinang pada 9 Januari 2008. Menurutnya, beliau akan mengambil tindakan itu jika Ketua Pembangkang
tersebut gagal menjawab secara jujur mengenai rakaman berkenaan yang
diterima dalam bentuk cakera padat (CD) daripada seorang Ketua Cabang
PKR di Kedah.
Labels:
AMK,
Angkatan Muda Keadilan,
Anwar Ibrahim,
BN,
DAP,
Kedah,
Ketua Cabang,
PAS,
Zamil Ibrahim
Tuesday, July 10, 2012
KEADAAN DI KUIN KRITIKAL
Kemelut yang melanda Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sehingga warga
kerjanya membuat laporan polis menunjukkan masalah itu semakin kritikal
dan bukan perkara kecil.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid
berkata apa yang berlaku di Kuin menunjukkan kolej universiti itu
berada dalam keadaan kritikal walaupun Pengerusinya Datuk Seri Azizan
Abdul Razak yang juga Menteri Besar mengatakan ia perkara kecil dan
tidak perlu campur tangan pihak luar iaitu Kementerian Pengajian Tinggi.
Labels:
ADUN,
Insaniah,
Kedah,
Kolej Universiti,
KUIN,
Mahdzir Khalid
OSTAD AZIZAN DAH TAKUT, UGUT UNTUK KENAKAN OSA
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pada
Isnin tampil mempertahankan Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang
yang diugut dengan tindakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) oleh kerajaan Kedah
kerana sering mendedahkan kepincangan dasar kerajaan negeri.
Ahmad Bashah berkata BN tidak gentar dengan ugutan itu dan akan
mempertahankan Tan kerana apa yang diperkatakannya adalah benar bukan
rekaan atau fitnah.
Labels:
Ahmad Bashah,
Akta Rahsia Rasmi,
Azizan Razak,
BN,
Gerakan,
Kedah,
Ketua Pemuda,
OSA,
PAS,
Tan Keng Liang
Wednesday, July 4, 2012
KUIN, UNISEL DAN SAUDAGAR JANJI
![]() |
| KUIN DAN UNISEL DI BAWAH PENTADBIRAN PAKATAN |
KIAN hari kian sukar untuk kita tidak mempercayai penilaian buruk
bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP telah mendustakan
rakyat. Ini kerana sedang janji dan ikrar lama belum tertunai, mereka
terus menerus menabur janji baru. Cuma liciknya, mereka bijak menyalut janji baru dalam bentuk
harapan dan menyalahkan pula pihak lain sambil mengembar-gemburkan
soal-soal rasuah dan kroni Kerajaan Pusat yang entah di mana hujung dan
pangkalnya.
Labels:
Azizan Razak,
DAP,
DarulAman,
Kedah,
Kota Setar,
KUIN,
Mei,
Parti Keadilan Rakyat,
PKR,
PTPTN,
UNISEL
CALON MB KEDAH DAPAT YAKINKAN RAKYAT
Siapa bakal Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) merampas negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 perlu digambarkan lebih awal bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap kerajaan baru yang akan dibentuk. Seorang pemerhati politik, Datuk Dr. Nordin Yunus berkata, BN mempunyai peluang cerah untuk menawan Kedah memandangkan rakyat sudah memahami sejauh mana kemampuan kerajaan negeri sedia ada mentadbir.
Labels:
Ahmad Bashah,
Barisan Nasional,
BN,
Kedah,
Mahadzir Khalid,
MB Kedah,
Mukhriz Mahathir,
Nordin Yunus,
PRU13
Tuesday, July 3, 2012
KERAJAAN PAS GAGAL SEDIAKAN PERUMAHAN RAKYAT
![]() |
| Contoh Perumahan Rakyat yang gagal disediakan oleh PAS Kedah |
Kerajaan persekutuan kesal dengan kerajaan PAS Kedah yang tidak
menunaikan janji untuk membina rumah kos rendah kepada rakyat setelah
menang pilihan raya umum (PRU) 2008.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung
berkata beliau kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang gagal
menunaikan janji yang ditaburkan kepada rakyat negeri ini.
Katanya walaupun pelbagai alasan yang diberikan seperti mahu mengubah
pelan perumahan di beberapa daerah, namun ia hanya untuk menutup
kelemahan kerajaan pembangkang itu.
Labels:
Ahli Parlimen,
Alor Setar,
Azizan Abdul Razak,
Bandar Darul Aman,
Chor Chee Heung,
Kedah,
Kerajaan,
PAS,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Friday, June 29, 2012
TIADA TEMPAT TINGGAL, PUNCA 16 PEMBELI DITIPU
Kira-kira 16 penduduk Taman Wira, Mergong di sini
mendakwa kerugian kira-kira RM16,000 selepas ditipu seorang individu
yang memperkenalkan diri sebagai ejen penjual rumah kos rendah pada Mac
tahun lalu. Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nancy berkata, dia
diperkenalkan kepada seorang ejen penjual rumah kos rendah pada Mac
tahun lalu oleh seorang rakannya yang juga mangsa dalam kes itu.
Labels:
ADUN,
Derga,
Kedah,
Mac,
Mergong,
Taman Wira,
Wisma Darul Aman
Wednesday, June 27, 2012
PAS KEDAH 'RAMPAS' HAK RAKYAT UNTUK SELESAI MASALAH KUIN
| Ternyata pakatan di Kedah gagal bela nasib rakyat |
Tindakan kerajaan Kedah menjadikan rumah pangsa sebagai
asrama penginapan pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) adalah tidak
adil bagi rakyat negeri ini yang sangat memerlukan kediaman sendiri. Pas Kedah gagal menyediakan asrama
untuk para pelajar Kuin, sehingga
menyebabkan rumah pangsa di Taman Seri Impian, Mergong yang sepatutnya dihuni
golongan kurang berkemampuan dijadikan asrama untuk pelajar tersebut. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Derga, Dr Cheah Soon Hai mendakwa
rumah pangsa pangsa tersebut, dibina
semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan negeri Kedah.
Labels:
Barisan Nasional,
BN,
Derga,
Dr Cheah,
Isnin,
Kedah,
Kerajaan,
Kubang Pasu,
KUIN,
Mergong,
PAS,
Pokok Sena,
Soon Hai
Tuesday, June 26, 2012
RAMADHAN DI SAMBUT DENGAN KEHADIRAN 4 PUSAT HIBURAN BARU - MB KEDAH
![]() |
| OSTAD AZIZAN TEGASKAN "KITA X BOLEH HALANG ORANG BERHIBUR |
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan
kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru
kepada pengusaha pusat hiburan.
Azizan berkata kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini
untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam
kawalan pihak berkuasa tempatan.
Labels:
Azizan Abdul Razak,
Kedah,
Menter Besar,
pusat hiburan
Monday, June 25, 2012
RAKYAT KEDAH BANGKIT DESAK TUTUP PUSAT HIBURAN
![]() |
| Transformasi Ostad Azizan Tadbir Negeri. Kedah Darul Hiburan |
Kerajaan Pas Kedah didesak supaya segera menutup pusat-pusat hiburan
yang semakin bertambah di negeri ini ekoran kebimbangan lebih ramai
golongan muda akan terjebak dalam anasir-anasir tidak sihat. Pengerusi Pertubuhan Kemajuan Rakyat Islam SeMalaysia (Kriss), Alias Hamid
berkata, pembukaan pusat-pusat hiburan baru menunjukkan pemimpin Pas
Kedah tidak sensitif dengan keperluan umat Islam di negeri ini.
Labels:
Kedah,
Krisss,
Menteri Besar,
NGO,
Ostad Azizan,
Pas Kedah,
Pekida,
Ramadhan,
Wism Darul Aman
Friday, June 22, 2012
AKIBAT DESAKAN DAP, PAS KEDAH AKUR DENGAN RUMAH URUT DAN PUSAT KARAOKE
![]() | |
|
Pas terpaksa menerima, hakikat DAP bukanlah rakan yang boleh dan senang untuk diajak berbincang. Sebelum ini, ketika kempen pilihanraya dan pentas-pentas ceramah mereka beguti hebat dan gah melaungkan slogan negara Islam dan pelbagai sandiwara lain demi memancing undi. Namun apabila diberikan kuasa, mereka akhirnya sedar perlaksanaan tidaklah semudah laungan slogan.
Labels:
BN,
DAP,
hiburan,
karaoke,
Kedah,
Ostad Azizan,
Rumah Urut,
UMNO
DUN KOTA SEPUTEH MAHKAMAH TANGGUH PENGHAKIMAN
Mahkamah Persekutuan akan memutuskan sama ada ketidakhadiran wakil
rakyat Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif pada dua persidangan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kedah membawa kepada kegagalan menghadiri dua
mesyuarat berturut-turut, menyebabkan kerusi itu dikosongkan. Panel lima anggota diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad
Makinudin menangguhkan penghakiman selepas mendengar hujahan rayuan oleh
Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail.
SATU LAGI PROJEK KERAJAAN NEGERI TERBENGKALAI
Parti Gerakan Kedah pada Rabu mendedahkan satu lagi projek kerajaan
negeri Kedah yang didakwa terbengkalai selepas tiga tahun dilancarkan
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata projek itu ialah
pembangunan Bandar Tunku Puteri di atas tanah milik kerajaan negeri di
Gajah Mati, Pokok Sena dekat sini yang melibatkan pembinaan 528 rumah
kos rendah dan 400 unit rumah mampu milik.
Labels:
Azizan Abdul Razak,
Bandar Tunku Puteri,
Bina Darulaman Berhad,
Darul Aman Realty,
Gajah Mati,
Kedah,
Parti Gerakan,
Pokok Sena,
Tan Keng Liang
Tuesday, June 19, 2012
TPM ADAKAN LAWATAN SEHARI KE KEDAH
| Sekadar Gambar Hiasan |
Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan seharinya ke Kedah hari ini
dengan menghadiri Program Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana
Negeri Kedah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Merbok, dekat Sungai
Petani. Sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Butterworth, Timbalan Perdana Menteri berlepas ke UiTM Merbok dan tiba
pada kira-kira 10 pagi.
Labels:
Jamuan Rakyat,
Kedah,
Merbok,
Muhyiddin Yassin,
Mukhriz Mahathir,
Padang Awam,
Sungai Petani,
UiTM
MANE NEGERI KEBAJIKAN WAHAI OSTAD PAS??
Gambar di atas GR baru terima dari rakan FB GR Gunners Canneries, apa yang menariknya di manakah Negeri Kebajikan yang diperjuangkan oleh PAS selama ni?? Perjuangan taik kucing namanya tu.
Pembaca lihatlah sendiri, nak jumpa Menteri Besar pun kena bayar jugak
ker?? Isk isk isk...memang tak patut. Sepatutnya rakyat diberikan
kebebasan untuk berjumpa dengan pemimpin dan seharusnya pemimpin
menghargai rakyat kerana dengan mandat rakyatlah mereka menjadi sebagai
seorang pemimpin.
PANAS : SAH ADUN PAS RAMPAS LAKI ORANG
![]() |
| ADUN PAS yang didakwa telah merampas suami orang |
Sebelum ini suasana politik Kedah, heboh dengan cerita ADUN Merbau Pulas dari PAS, YB Dato Siti Asyah Ghazali yang didakwa mempunyai pelbagai siri hubungan sulit. Terbaru menurut yang sahih dia di dakwa telah berkahwin dengan pemandunya sendiri bagi mengelakkan isu ini dari terus dimainkan. Sebelum ini dia sering mengelak dan menafikan apabila ditanya rakan dan teman di dalam Pas. Namun bak kata perpatah, bangkai gajah masakan dapat di tutup dengan pelepah daun.
Labels:
ADUN PAS,
Azizan Razak,
EXco,
Ghazali,
Kedah,
MErbau Pulas,
Sazali Sudin,
Siti Aishah,
YB
Monday, June 18, 2012
CAP PENANG BANTAH ISU GUNUNG INAS
![]() |
| SM Mohisamed Idris |
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah
menghentikan segera pembalakan dan penerokaan kawasan hutan simpan di
Gunung Inas daerah Baling, Kedah kerana ia tidak mendapat kelulusan
Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dari Jabatan Alam Sekitar (JAS). Gesaan itu berikutan Kerajaan Negeri berhasrat meneruskan aktiviti itu
walau pun ia melanggar undang-undang dan menimbulkan ancaman ke atas
alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan dengan serius. Presidennya,
SM Mohamed Idris berkata, CAP membantah keputusan itu dan berharap
pihak bertanggungjawab seperti JAS dan Jabatan Perhutanan Negeri
bertindak tegas mengenainya.
Labels:
CAP Penang,
Cherok Mas,
EIA,
Jabatan Alam Sekitar,
Kedah,
Kesan Alam Sekitar,
Kg Hangus,
Kg Iboi,
SM Mohamed Idris
KHALID SAMAD DI CABAR DEDAHKAN KLIP VIDEO
![]() |
| Khalid Samad Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor |
Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah Zamil Ibrahim
mencabar Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad untuk mendedahkan
lebih banyak klip video atau cakera padat yang mengaitkannya dengan isu
'pembelian' Anggota Parlimen pembangkang. Zamil berkata tindakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor itu bukan
sahaja bodoh malah memalukan kepimpinan pembangkang kerana beliau lupa
bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berusaha
membeli Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sehingga ke Taiwan.
Labels:
Ahli Parlimen,
BN,
Kedah,
Khalid Samad,
PKR,
Shah Alam,
Zamil Ibrahim
Subscribe to:
Posts (Atom)
















