Mahkamah Persekutuan akan memutuskan sama ada ketidakhadiran wakil
rakyat Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif pada dua persidangan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kedah membawa kepada kegagalan menghadiri dua
mesyuarat berturut-turut, menyebabkan kerusi itu dikosongkan. Panel lima anggota diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad
Makinudin menangguhkan penghakiman selepas mendengar hujahan rayuan oleh
Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail.