![]() |
Contoh Perumahan Rakyat yang gagal disediakan oleh PAS Kedah |
Kerajaan persekutuan kesal dengan kerajaan PAS Kedah yang tidak
menunaikan janji untuk membina rumah kos rendah kepada rakyat setelah
menang pilihan raya umum (PRU) 2008.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung
berkata beliau kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang gagal
menunaikan janji yang ditaburkan kepada rakyat negeri ini.
Katanya walaupun pelbagai alasan yang diberikan seperti mahu mengubah
pelan perumahan di beberapa daerah, namun ia hanya untuk menutup
kelemahan kerajaan pembangkang itu.