Wednesday, July 4, 2012

CALON MB KEDAH DAPAT YAKINKAN RAKYAT


Siapa bakal Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) merampas negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 perlu digambarkan lebih awal bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap kerajaan baru yang akan dibentuk. Seorang pemerhati politik, Datuk Dr. Nordin Yunus berkata, BN mempunyai peluang cerah untuk menawan Kedah memandangkan rakyat sudah memahami sejauh mana kemampuan kerajaan negeri sedia ada mentadbir.


"Gambaran lebih jelas siapa yang bakal diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan BN memikul tanggungjawab mengemudi kerajaan negeri jika parti itu menang PRU-13, akan memberi satu keyakinan kepada rakyat mengenai hala tuju Kedah termasuk aspek pembangunan.

"Pada masa ini rakyat Kedah tertanya-tanya siapakah yang bakal dilantik kerana beberapa nama dikaitkan dengan jawatan itu. Keadaan ini boleh menimbulkan keraguan bagi mereka," katanya.

Nordin yang juga bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya Kedah berkata, pada masa ini terdapat tiga pemimpin BN yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar jika parti itu merampas kembali negeri ini daripada pakatan pembangkang.

Nama ketiga-tiganya, kata beliau, dikaitkan kerana mempunyai jawatan politik yang dilihat membolehkan mereka dilantik menjadi Menteri Besar.

Katanya, mereka ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah merangkap Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah.

"ADUN Pedu, Datuk Seri Mahadzir Khalid juga dikaitkan kerana beliau merupakan Ketua Pembangkang negeri," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...