Showing posts with label Muhyiddin Yassin. Show all posts
Showing posts with label Muhyiddin Yassin. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

PEMBANGKANG BUAT TEORI SONSANG

Misi dan Cita-Cita Mereka Adalah Sama

Pembangkang sentiasa tampil dengan teori-teori songsang yang mengelirukan rakyat bagi menolak usaha baik yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata sebagai contoh, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini mengatakan sesiapa mengundi PAS mendapat pahala sedangkan sebelum ini Nik Aziz mendakwa sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga manakala mengundi Umno akan masuk neraka.

TPM ADAKAN LAWATAN SEHARI KE KEDAH

Sekadar Gambar Hiasan
Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan seharinya ke Kedah hari ini dengan menghadiri Program Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana Negeri Kedah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Merbok, dekat Sungai Petani. Sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Timbalan Perdana Menteri berlepas ke UiTM Merbok dan tiba pada kira-kira 10 pagi.

Monday, June 4, 2012

HIMPUNAN HIJAU : PAS SEDAR SOKONGAN SEMAKIN MEROSOT


Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan semula negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) berikutan sokongan yang dilihat semakin merosot terhadap kerajaan PAS pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Menurut Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, program Himpunan Hijau yang berlangsung Jumaat lalu adalah sebahagian daripada usaha PAS menutup hakisan sokongan rakyat terhadap parti itu di Kedah. Malah menurut beliau, hasrat PAS menganjurkan Himpunan Hijau tempoh hari sebagai usaha untuk menyaingi program Ulangtahun Umno ke-66 pada 12 Mei lalu yang berjaya mengumpulkan lebih 100 ribu penyokong seluruh negara.

Tuesday, May 22, 2012

Umno Kedah: Tawaran Muzakarah Pas tidak ikhlas


Tawaran Pas untuk mengadakan muzakarah dianggap sebagai strategi untuk mengalihkan tumpuan Umno daripada membuat persiapan rapi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pelawaan itu dianggap tidak ikhlas kerana terdapat perbezaan pendapat antara pemimpin tertinggi Pas sendiri dan tidak konsisten dengan keputusan berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...