Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

CALON MB KEDAH DAPAT YAKINKAN RAKYAT


Siapa bakal Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) merampas negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 perlu digambarkan lebih awal bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap kerajaan baru yang akan dibentuk. Seorang pemerhati politik, Datuk Dr. Nordin Yunus berkata, BN mempunyai peluang cerah untuk menawan Kedah memandangkan rakyat sudah memahami sejauh mana kemampuan kerajaan negeri sedia ada mentadbir.

Friday, June 22, 2012

GOLONGAN 'MENOPOUSE' YANG KEMBALI MENYALAK DEMI KUASA


Sejak kebelakangan ini, seolah-seolah telah menjadi trend politik semasa, buat pemimpin Umno yang telah melepasi zon  'menopouse' meninggalkan parti keramat ini untuk menyokong pakatan rakyat. Namun ia semua dilakukan bukanlah kerana mendokong ideologi atau menganuti fahaman Anuwar Ibrahim, tetapi lebih kepada ingin menerus 'nyawa' politik mereka yang telah sampai ke hujung usia.

Monday, June 11, 2012

MUKHRIZ, LANGKAWI DAN POLITIK

 
LANGKAWI yang terkenal sebagai pulau peranginan tidak terlepas daripada bahang politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Mereka yang tiba di pulau itu sudah pasti akan disambut dengan kemeriahan bendera-bendera parti politik. Sepanjang jalan dari Kuah ke Kedawang, ia dipenuhi dengan bendera-bendera yang seolah-olah menggambarkan musim pilihan raya sudah bermula.

PRU13: UMNO SEDIA MANIFESTO KHAS UNTUK KEDAH


BN akan mempunyai manifesto khas bagi Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti bagi mengetengahkan apa yang akan dilakukan BN jika dapat menawan semula negeri ini. Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pada PRU-13 nanti, BN Kedah akan mempunyai dua manifesto iaitu manifesto di peringkat pusat dan manifesto khusus untuk Kedah.

LAGI KELEMAHAN DAN KEPINCANGAN OSTAD AZIZAN DIDEDAH


Kerajaan Kedah digesa menyiapkan dahulu projek perumahan mampu milik seperti Bandar Sejahtera Pokok Sena sebelum melaksanakan projek mega Amansuri Residences. Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata tinjauannya mendapati projek Bandar Sejahtera Pokok Sena bernilai RM230 juta itu belum dilaksana sekalipun telah dilancar kerajaan negeri lebih dua tahun lepas.

Monday, June 4, 2012

Akibat Skandal Sulit, Dua Exco Kedah Dipaksa Nikah

Akibat Skandal Sulit, Dua Exco Kedah Dipaksa Nikah


Sebenarnya cerita-cerita dalam kelambu sangat banyak di Kedah. Dan yang paling menariknya, maklumat-maklumat sebegini lebih mudah diperolehi daripada para pemimpin PAS yang gemar memakai lebai dan bercakap tentang pentadbiran Islam berbanding pemimpin-pemimpin UMNO yang lebih senang menjalankan tugas mereka tanpa melibatkan PAS dan Pakatan Rakyat.

HIMPUNAN HIJAU : PAS SEDAR SOKONGAN SEMAKIN MEROSOT


Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan semula negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) berikutan sokongan yang dilihat semakin merosot terhadap kerajaan PAS pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Menurut Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, program Himpunan Hijau yang berlangsung Jumaat lalu adalah sebahagian daripada usaha PAS menutup hakisan sokongan rakyat terhadap parti itu di Kedah. Malah menurut beliau, hasrat PAS menganjurkan Himpunan Hijau tempoh hari sebagai usaha untuk menyaingi program Ulangtahun Umno ke-66 pada 12 Mei lalu yang berjaya mengumpulkan lebih 100 ribu penyokong seluruh negara.

Tuesday, May 22, 2012

Umno Kedah: Tawaran Muzakarah Pas tidak ikhlas


Tawaran Pas untuk mengadakan muzakarah dianggap sebagai strategi untuk mengalihkan tumpuan Umno daripada membuat persiapan rapi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pelawaan itu dianggap tidak ikhlas kerana terdapat perbezaan pendapat antara pemimpin tertinggi Pas sendiri dan tidak konsisten dengan keputusan berkenaan.

UMNO Kedah Kalau Nak Menang, Hentikan Amalan Cantas Mencantas


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi nasihatnya agar pemimpin Umno membuang amalan cantas mencantas serta mengetepikan kepentingan diri supaya Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang. Bekas Presiden Umno itu berkata kemenangan parti bererti kuasa dan kelangsungan BN memerintah negara tidak akan tergugat walaupun ada pemimpin yang terpaksa mengorbankan diri.

Saturday, May 19, 2012

Mukhriz bertanding kerusi DUN ?


Datuk Mukhriz Mahathir menyerahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menentukan sama ada beliau akan bertanding sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Tuesday, May 15, 2012

Dokumentari Khas : BERSIH itu KOTOR...

 

 Kepada rakyat Malaysia, saksikanlah dan renungkan dengan mata hati agar tidak terpedaya dengan permainan politik pembangkang semata-mata untuk mengangkat Anwar Ibrahim ke kerusi Perdana menteri di Putrajaya...

TOLAK PAKATAN DALAM PRU-13
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...