Sekadar Gambar Hiasan |
Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan seharinya ke Kedah hari ini
dengan menghadiri Program Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana
Negeri Kedah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Merbok, dekat Sungai
Petani. Sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Butterworth, Timbalan Perdana Menteri berlepas ke UiTM Merbok dan tiba
pada kira-kira 10 pagi.