Monday, June 18, 2012

KHALID SAMAD DI CABAR DEDAHKAN KLIP VIDEO

Khalid Samad Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah Zamil Ibrahim mencabar Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad untuk mendedahkan lebih banyak klip video atau cakera padat yang mengaitkannya dengan isu 'pembelian' Anggota Parlimen pembangkang. Zamil berkata tindakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor itu bukan sahaja bodoh malah memalukan kepimpinan pembangkang kerana beliau lupa bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berusaha membeli Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sehingga ke Taiwan.


"Saya nak ingatkan dia (Khalid), banyak rakaman tingkah laku membabitkan Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat disimpan rakan-rakan saya.

....bila-bila pun boleh didedahkan, biar rakyat lihat dan nilai betapa buruknya kepimpinan pakatan pembangkang terutama PKR," katanya pada sidang media mengulas tuduhan Khalid bahawa beliau terlibat dalam isu membeli wakil rakyat pembangkang oleh BN.

Di lobi Parlimen semalam, Khalid mendedahkan klip penuh video rundingan tawaran 'pembelian' Anggota Parlimen pembangkang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...