Tuesday, June 26, 2012

RAMADHAN DI SAMBUT DENGAN KEHADIRAN 4 PUSAT HIBURAN BARU - MB KEDAH

OSTAD AZIZAN TEGASKAN "KITA X BOLEH HALANG ORANG BERHIBUR

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan. Azizan berkata kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.


"Kita bagi lesen untuk hiburan..." katanya ketika diminta mengulas kemunculan pusat-pusat hiburan 'secara berleluasa' di negeri ini.

Beliau ditanya mengenai isu pertambahan pusat-pusat hiburan di negeri ini sehingga menimbulkan kebimbangan lebih ramai golongan muda akan terjebak dalam gejala tidak sihat. Ini termasuk pembukaan pusat hiburan terbesar di Mergong di sini, dijangka dibuka penghujung bulan ini yang dikatakan diserikan dengan peluang kepada pengunjung untuk menari bersama deejay wanita terkenal dari Perancis.

"Kita tidak boleh halang orang tiada hiburan. Kita memberi lesen untuk membuka pusat hiburan",  ujarnya.

Menurut beliau lagi, pihaknya tidak boleh membatalkan lesen yang sudah lama dikeluarkan kerana mereka tidak melanggar peraturan. Menurutnya, tindakan akan diambil jika terdapat pengusaha yang melanggar peraturan dan syarat yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...