Parti Gerakan Kedah pada Rabu mendedahkan satu lagi projek kerajaan
negeri Kedah yang didakwa terbengkalai selepas tiga tahun dilancarkan
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata projek itu ialah
pembangunan Bandar Tunku Puteri di atas tanah milik kerajaan negeri di
Gajah Mati, Pokok Sena dekat sini yang melibatkan pembinaan 528 rumah
kos rendah dan 400 unit rumah mampu milik.