Seorang pemandu kenderaan di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini
yang diberhentikan kerja menuntut agar pengurusan kolej itu mengambil
semula dia bekerja kerana mendakwa pemberhentiannya dilakukan tanpa
prosedur sah. Yusuf Ismail, 58, berkata, dia kesal dengan tindakan pihak Kuin yang
gagal menjaga kebajikan kakitangan dan bertindak di luar batasan
undang-undang berhubung perkara itu.
Katanya, dia mula berkhidmat sebagai pemandu kenderaan di Kuin sejak
19 November 1995 dan dijadual bersara pada 3 Mei 2012 apabila mencapai
umur persaraan 58 tahun.
"Pada 12 Mac lalu pihak Kuin membuat tawaran sama ada saya kekal
bersara pada umur 58 tahun atau bersara pada umur 60 tahun dan saya
memilih bersara 60 tahun iaitu pada 2014. "Namun, saya amat terkejut apabila mendapat surat daripada Kuin yang
bertarikh 3 Mei lalu yang memaklumkan tempoh perkhidmatan saya
dilanjutkan selama satu bulan iaitu sehingga 2 Jun.
"Saya tidak pernah meminta untuk dilanjutkan perkhidmatan kerana saya
masih kakitangan Kuin sehingga 3 Mei 2014," katanya ketika ditemui di
Pejabat Perhubungan Perusahaan Kedah/Perlis, Kompleks Kerajaan
Persekutuan, Anak Bukit.
Menurutnya, sebagai ketua keluarga beliau perlu menanggung ibu,
isteri serta lima anak yang masih bersekolah dan dia hanya bergantung
dengan pendapatan sebagai pemandu Kuin RM1,400 sebulan.
"Sepanjang berkhidmat sebagai pemandu, saya tidak pernah menghadapi
apa-apa tindakan disiplin, sebaliknya saya pernah mendapat Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang Kuin," jelasnya. Saya yakin penamatan perkhidmatan saya oleh Kuin adalah tidak sah dan meminta mereka mengekalkan jawatan saya," ujarnya.
No comments:
Post a Comment