Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana kumpulan atau individu
yang mencetuskan kekacauan sepanjang berlangsungnya 'Himpunan Hijau Ke
Putrajaya' anjuran PAS di Stadium Darul Aman di sini esok. Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab berkata pihaknya
akan menghalang sebarang demontrasi oleh pihak lain di tempat sama bagi
mengelak berlaku pergaduhan akibat provokasi itu.
Beliau berkata setakat ini hasil risikan pihaknya mendapati tidak ada mana-mana pihak atau individu yang merancang melakukan provokasi terhadap himpunan tersebut.
Katanya pada masa sama pihaknya akan menempatkan 550 anggota polis yang akan mengawal ketenteraman awam, keselamatan, trafik dan jenayah di sekitar stadium yang bakal disertai 30,000 hingga 40,000 anggota dan penyokong PAS.
"Kita juga telah bentuk satu pasukan untuk memantau di sekitar kawasan stadium tersebut daripada berlaku kejadian yang tidak diingini seperti letupan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini Khamis.
No comments:
Post a Comment