Mukhriz Tun Mahathir meminta agar khabar angin yang beliau akan menjadi
Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya
umum (PRU) akan datang dihentikan kerana ia terlalu awal untuk
dikatakan. Beliau berkata BN
perlu menang dahulu dalam PRU-13 dan selepas itu baru boleh bercakap
siapa yang akan menjadi Menteri Besar (MB).
