Kerana terlalu kecewa dengan sikap suami yang sering keluar berhibur di
pusat hiburan bersama wanita kelab malam dan balik dalam keadaan mabuk,
seorang isteri berusia 40-an mengambil keputusan untuk meminum racun. Menurut waris mangsa, suami mangsa sering keluar lewat malam dan hanya akan balik ke rumah pada waktu subuh. Masalah rumah tangga mereka semakin serius apabila si suami mula
menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelayan di pusat hiburan itu.
