SLOGAN BARU PAS MEMBANGUN BERSAMA 'NIGHT CLUB' |
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun
Mahathir menyifatkan PAS gagal mengawal pertumbuhan pusat hiburan di
Kedah sejak mengambil alih negeri ini pada tahun 2008.
Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, berkata banyak pusat hiburan baru wujud terutamanya di kawasan
pedalaman seperti Sik, Padang Serai dan Baling.
Beliau berkata ketiga-tiga daerah itu tidak mempunyai pusat hiburan sebelum Kedah diperintah PAS.
"Kerajaan negeri perlu kawal pusat hiburan ini dan mengambil tindakan
terhadap pengusaha tidak berlesen yang menjalankan perniagaan secara
haram," katanya.
Anggota Parlimen Jerlun itu berkata selain umat Islam, masyarakat bukan
Islam juga tidak senang sekiranya pusat hiburan di negeri ini tumbuh
secara tidak terkawal tanpa ada sebarang keperluan.
blog kedaqkini sudah dipaut ke medan tempur
ReplyDelete