Seorang wanita merayu bantuan agar bumbung zink rumahnya yang bocor dan reput di Kampung Gabus, Mukim Pulai di sini dibaiki. Salbiah Ramli, 54, berkata ketika hujan, dia terpaksa menggunakan
pelbagai peralatan seperti belanga, baldi dan tong minyak untuk menadah
air yang masuk ke dalam rumahnya. Katanya setiap kali hujan lebat, dia juga berasa amat bimbang kerana
kuda-kuda yang menahan bumbung rumahnya juga sudah reput dan boleh
membahayakan.
"Saya sudah malu untuk membuat permohonan kerana mana-mana pihak pun
tidak pernah datang melihat keadaan bumbung rumah saya yang bocor dan
reput ini. Saya sudah membuat lebih tiga kali permohonan kepada pihak yang
berkenaan, tapi tidak menerima sebarang jawapan sejak dua tahun lalu,
malah mereka mendakwa permohonan saya hilang," katanya kepada Bernama.
Salbiah hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bapanya sebanyak RM300 sebulan. Sumbangan boleh dilakukan menerusi Anggota Jawatankuasa Umno Baling, Alias Abdul Rahman di talian 013-4211125
No comments:
Post a Comment