Monday, June 4, 2012

HIMPUNAN HIJAU : PAS SEDAR SOKONGAN SEMAKIN MEROSOT


Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan semula negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) berikutan sokongan yang dilihat semakin merosot terhadap kerajaan PAS pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Menurut Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, program Himpunan Hijau yang berlangsung Jumaat lalu adalah sebahagian daripada usaha PAS menutup hakisan sokongan rakyat terhadap parti itu di Kedah. Malah menurut beliau, hasrat PAS menganjurkan Himpunan Hijau tempoh hari sebagai usaha untuk menyaingi program Ulangtahun Umno ke-66 pada 12 Mei lalu yang berjaya mengumpulkan lebih 100 ribu penyokong seluruh negara.

"Kami tidak bimbang. Kenapa dia (PAS) buat di Kedah kerana dia tahu sokongan di Kedah merosot.
"Dia tahu sokongan merosot. Dia buat di situ supaya dapat menunjukkan kegagahan. (Walaupun) sebenarnya, di bawah itu menunjukkan dah ramai meninggalkan PAS," katanya.

Himpunan Hijau yang dianjurkan  di Stadium Darul Aman Jumaat lalu bertujuan menggantikan Muktamar PAS.

Sesetengah pihak berpendapat PAS cuba menutup ruang demokrasi ahli-ahli parti itu untuk menyuarakan pandangan bersabit masalah dalaman parti itu termasuk dakwaan bahawa PAS telah terpesong dari ajaran Islam dan isu hukum Hudud bersama rakan Pakatan Rakyat.

Muhyiddin dalam pada itu yakin dapat meraih kembali undi rakyat Kedah kerana masyarakat di negeri itu telah mula sedar akan perubahan yang mampu dibawa oleh BN.

"Kami mempunyai keyakinan baru. Insayallah rakyat Kedah akan kembali menyokong Barisan Nasional," katanya lagi.

Untuk rekod, program Himpunan Hijau anjuran PAS hanya mencapai separuh daripada sasaran mengumpulkan 100,000 penyokong di Stadium Darulaman di sini meskipun parti itu membariskan  penghibur, bekas pesara kerajaan dan pemimpin kanan PAS sendiri.

Perhimpunan yang diuar-uarkan oleh PAS sebagai bakal mengatasi sambutan ulang tahun ke-66 UMNO di Stadium Bukit Jalil bulan lalu, dilihat gagal mencapai matlamatnya walaupun ia diadakan di negeri yang dipimpin oleh parti itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...