Tuesday, June 19, 2012

PANAS : SAH ADUN PAS RAMPAS LAKI ORANG

ADUN PAS yang didakwa telah merampas suami orang

Sebelum ini suasana politik Kedah, heboh dengan cerita ADUN Merbau Pulas dari PAS, YB Dato Siti Asyah Ghazali yang didakwa mempunyai pelbagai siri hubungan sulit. Terbaru menurut yang sahih dia di dakwa telah berkahwin dengan pemandunya sendiri bagi mengelakkan isu ini dari terus dimainkan. Sebelum ini dia sering mengelak dan menafikan apabila ditanya rakan dan teman di dalam Pas. Namun bak kata perpatah, bangkai gajah masakan dapat di tutup dengan pelepah daun.



Akibat terlalu banyak desakan, akhirnya isu ini diakui sendiri oleh pemandu merangkap suami barunya Sazali Bin Sudin. Menurut salah seorang teman yang rapat, Sazali mengakui bahawa dia telah mengahwini bekas majikannya itu, YB Siti Aisyah. Pernikahan yang berlangsung pada 2 Jun 2012 itu hanya dihadiri oleh rakan dan saudara yang terdekat sahaja. Dan dengan pernikahan itu Siti Aishah sah menjadi isterinya yang kedua.

Yang peliknya, menurut YB Adun Merbau itu, sebelum ini dia ada berjumpa sendiri dengan bakal madunya situ bagi mendapatkan kebenaran untuk berkahwin. Namun menurut sumber yang dipercayai, bakal madunya itu tidak bersetuju untuk memberi restu. Kononnya juga pertemuan itu telah menyebabkan berlakukanya perang mulut di antara mereka.

Isu pernikahan ini rupanya telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk dan pengundi terutamanya para muslimah Pas kawasan  Merbau Pulas yang tidak berpuas hati dengan tindakan Siti Aishah itu yang dianggap sebagai sebagai perampas suami orang. Dia juga dilaporkan telah mengunakan kedudukannya sebagai majikan kepada Sazali dan mengunakan wang ringgit bagi membeli hati pemandunya itu.

Menurut rakan Sazali lagi, perhubungan mereka ini telah lama berlangsung, dan mereka sering mengadakan pertemuan secara sulit bagi mengelakan ia dikesan oleh masyarakat dan penduduk setempat. Isteri pertama Sazali juga dilaporkan kecewa dan tertekan dengan tindakan Sazali menikahi Aishah kerana faktor perbezaan umur mereka yang jauh berbeza. Sazali juga dikatakan telah lama tidak pulang ke rumah kerana telah dilonggokkan dengan harta dan wang ringgit.

Percintaan terhangat di Merbau Pulas ini, rupanya telah sampai ke pengetahuan Ostad Azizan. Bagi mengelakkan isu ini meberi aib kepada parti, Azizan telah memberi kata dua kepada Aishah untuk menyelesaikan isu ini atau dilucutkan jawatan sebagai EXCO kerajaa negeri.

Ekoran dari itu, mereka telah nekad untuk berkahwin... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...