Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan daripada lawatan beliau
ke Kulim Jumaat lepas mengunjungi Masjid Al-Taufiq di Kampung Air Merah. Kunjungan Perdana Menteri ke masjid itu adalah bagi menunaikan hasrat
penduduk sekitar Kampung Air Merah untuk bertemu dengan beliau. Pada kunjungan kira-kira 3.30 petang itu, Najib mengumumkan peruntukan
RM200,00 untuk membina sebuah bangunan baru Kelas Fardu Ain (KAFA) di
masjid itu.
Kunjungan kira-kira 10 minit Perdana Menteri dan rombongannya disambut
di perkarangan masjid itu Pengerusi Jawatankuasa Kariah yang juga Imam
masjid, Ismail Hamid bersama lebih 5,000 penduduk sekitar. Menurut perancangan awal, Najib dijadual singgah dan menunai solat
Jumaat di situ sebelum hadir di majlis "Jelajah Janji Ditepati" di Kulim
Hi-Tech Park.
Namun atas sebab-sebab tertentu majlis itu terpaksa dibatalkan dan
untuk tidak menghampakan penduduk dan anak kariah di Air Merah, Najib
tetap menunaikan janjinya hadir walaupun kira-kira 10 minit bersalaman
dengan mereka yang menunggu sejak pukul 1.00 tengah hari.
Hadir sama Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir serta pemimpin-pemimpin Umno Kedah. Sementara itu, Ismail bagi pihak ahli jawatakuasa masjid mengucapkan terima kasih kepada Najib atas peruntukan yang tidak disangka itu, diumumkan Perdana Menteri.
"Dengan bantuan tersebut kami berharap akan dapat membina sebuah bangunan baru yang boleh menempatkan empat bilik darjah demi kemudahan anak-anak yang belajar di sini," katanya.
No comments:
Post a Comment