Tuesday, June 12, 2012

MAJLIS PEGUAM DI INGAT JAGA SENSITIVI UMAT ISLAM

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee

Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee agar menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini dengan tidak mencampuri urusan agama Islam. Beliau berkata seluruh rakyat negara ini memahami bahawa hal berkaitan Islam tidak boleh dicampuri oleh mereka yang bukan Islam. Katanya ia menjadi tanda tanya apabila Lim tidak memahami berhubung perkara tersebut.

"Hal yang berkaitan dengan Islam menjadi terlalu sensitif sekiranya dicampuri oleh mereka yang bukan Islam dan ini amat difahami oleh seluruh rakyat Malaysia. Cuma saya tidak faham ada orang yang memahami peraturan ini yang cuba nak campur hal institusi mufti dan juga agama Islam," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Lim melalui laman web badan berkenaan yang didakwa mempersoalkan pindaan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman 2008) sebagai tidak berperlembagaan kerana tidak membenarkan fatwa oleh mufti dicabar di mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...