Thursday, May 10, 2012

TUDIAA!! Pas Menentang Barisan Ulamak??

Agaknya Syiah yang mereka sokong..

Nampaknya puak Pas ni sudah mula mempertikaikan Ulamak. Semuanya bermula apabila Himpunan Haram Bersih 3.0 itu difatwakan HARAM!!

Apakah mereka mahu Ulamak Malaysia memfatwakan Bersih itu halal dan harus di sokong macam Nik Aziz fatwakan tempohari?

Siapa mereka untuk pertikaikan keputusan barisan Ulamak yang jauh lebih hebat dari Nik Aziz sendiri. Setakat Nik Aziz tu, sebelah kaki pun tak dapat nak dibandingkan dengan Ulama yang berada dalam majlis fatwa kebangsaan.

Bermula dari blogger, facebookers, hinggalah pemimpin Pakatan, semuanya mempertikaikan keputusan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa. Ini bermakna mereka secara sebulat suara, menentang keputusan Ulamak. Apakah mereka mahu menunjukkan bahawa himpunan Bersih lebih penting dari agama Islam?

Semuanya bermula di sini,

Apabila Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada Ahad lepas memutuskan HARAM untuk umat Islam menyertai perhimpunan (Bersih) atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidangakhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di sini.

Sehubungan itu, katanya, umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.

Abdul Shukor berkata, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa menggadaikan keamanan negara.

Beliau berkata, turut dibincangkan dalam muzakarah itu adalah gejala Lesbian,Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam.

Selain mengelak daripada terjebak dalam seks songsang seumpama itu,Abdul Shukor berkata, umat Islam juga diminta tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang gerakan, sokongan atau kempen mengenai LGBT.

"Untuk orang yang menunjukkan sokongan dan simpati kepada LGBT pun haram juga. Tugas menghapuskan gejala ini adalah tugas semua umat Islam dan jika kita sokong perkara yang tidak baik itu dikatakan bersubahat dan berdosa jawabnya," katanya.

Beliau berkata, tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah. - BERNAMA



Puak ni memang dah sesat jauh. Dah terlalu jauhh.. hinggakan keputusan Ulamak pun mereka sanggup TOLAK MENTAH-MENTAH.

Apa yang mereka fikir hanyalah politik dan diri mereka sendiri. Islam tidak lagi  menjadi agenda utama, Nampak sangat mereka hanya percayakan ISLE Pas dari ISLAM sebenar..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...