Datuk Mukhriz Mahathir menyerahkan kepada pucuk pimpinan Barisan
Nasional (BN) untuk menentukan sama ada beliau akan bertanding sebagai
calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen pada Pilihan Raya
Umum Ke-13 nanti.
Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, beliau telah menerima beberapa
pandangan termasuk 'orang merisik' agar bertanding di kawasan lain namun
sebagai ahli parti, beliau yakin pucuk pimpinan lebih arif apa yang
terbaik baginya.
"Dalam soal ini saya bersifat terbuka, hendak letak saya di mana
sahaja pun sama ada DUN atau Parlimen terpulanglah, kerana yang penting
saya akan buat yang terbaik untuk rakyat," katanya ketika berucap pada
majlis penyampaian elaun sara hidup nelayan di Bangunan UMNO Bahagian
Jerlun di sini semalam.
No comments:
Post a Comment