Diberitakan,
anak kesayangan Dato' Jamil, di sebalik tidak memenuhi syarat-syarat
perlantikan sebagai pensyarah di Kulliyyah Multimedia dan Kreativiti,
Kampung Insaniah Sungai Petani, telah diterima sebagai pelajar Master
Kulliyyah Al-Quran. Situasi ini amat membingungkan. Dia menjadi
pensyarah di Multimedia dan Kreaitiviti tetapi buat Master di Kulliyyah
Al-Quran.
Adakah situasi ini akan memajukan lagi tahap Kulliyyah Multimedia dan Kreativiti?
Jawapannya ialah... IA TIDAK AKAN MEMBERIKAN SEBARANG KESAN.
Dr.
Azharuddin, Dekan Kulliyyah Al Quran sekarang ini merupakan adik angkat
Dato' Jamil. Memandangkan Dato' Jamil merupakan orang yang menipu
testimonial Dr. Azharuddin sehingga memperolehi taraf warganegara, adik
angkat Dato' Jamil itu cuba sedaya upaya membalas budi.
Caranya
ialah, dengan memberikan markah 100 peratus kepada anak kesayangan
Dato' Jamil menerusi kaedah dua set soalan yang berbeza dan dibuat
khusus di bawah arahan Dato' Jamil. Tujuannya adalah untuk memastikan
anak kesayangan Dato' Jamil lulus.
Kalaulah
MQA tahu, Master Al-Quran KUIN akan dibekukan atas faktor penipuan yang
dilakukan oleh Dato' Jamil. Encik Anuar, Penolong Pendaftar HEA, KUIN
boleh mengesahkan cerita ini.
Seperkara
lagi, walaupun telah melantik Pemangku Rektor semasa sedang bercuti
sakit, Dato' Jamil telah menggunakan kuasanya untuk membuat sokongan dan
tesmonial untuk Buchari, Timbalan Dr. Azharuddin bagi mendapatkan
status PR sekalipun kontrak perkhidmatannya tidak pernah tamat biarpun
sekali.
Satu
lagi nama yang disebut oleh 'Orang Dalam KUIN' adalah Firdaus. Firdaus
merupakan salah seorang kakitangan yang diarahkan berhenti oleh Sime
Tyre Mergong dan disambung kontrak sebagai guru Bahasa Inggeris di Kolej
Pertanian di Bukit Kayu Hitam. Oleh kerana kecewa, dia lari masuk PAS
dan bertanding serta menang sebagai Naib Ketua Pemuda PAS.
Dari
perunding bahasa di INSAN, dia kemudiannya ditabalkan sebagai Pengarah
Jabatan Perhubungan Awam. Dato' Jamil telah memberikan pelbagai
keistimewaan kepada Firdaus termasuklah kenaikan gaji secara mendadak,
Ipad, kereta dan tambahan kakitangan untuk menjaga kedudukan serta
kepentingannya dengan PAS.
Sebenarnya
borang Dato' Jamil masuk PAS, masih terlalu baru. Borang tersebut hanya
diisi dan diserahhkan setelah Dato' Jamil dilantik sebagai Rektor.
Salinan borang yang bertarikh ada dalam simpanan 'Orang Dalam KUIN' dan
boleh dikemukakan jikalau diminta.
Sumber : The Flying Kick
No comments:
Post a Comment