Sunday, May 27, 2012

Karnival Komuniti 1Malaysia Bantu Pasar Produk IKS


Karnival Komuniti 1Malaysia berpotensi dijadikan medan oleh pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk mereka yang tidak membebankan sebaliknya terus kepada pengguna. Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah yang membuat cadangan itu mahu karnival tahunan itu diadakan di setiap daerah dan dipromosikan secara meluas pada masa hadapan.

"Pengusaha IKS wajar mengambil kesempatan menyertai karnival ini di masa hadapan dengan penubuhan 153 gagasan Komuniti 1Malaysia yang diselaraskan Jabatan Penerangan yang bakal wujud di seluruh negeri Kedah menjelang Jun ini.

"Penglibatan pelbagai bangsa dalam karnival ini akan mengukuhkan perpaduan antara kaum sebagai teras kekuatan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival itu peringkat negeri Kedah di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim di sini, Sabtu.

Agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dari 11 daerah di seluruh negeri yang menyertai karnival tiga hari itu membuka 42 gerai, dikunjungi ribuan orang sejak bermula Khamis lepas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...