Monday, June 11, 2012

LAGI KELEMAHAN DAN KEPINCANGAN OSTAD AZIZAN DIDEDAH


Kerajaan Kedah digesa menyiapkan dahulu projek perumahan mampu milik seperti Bandar Sejahtera Pokok Sena sebelum melaksanakan projek mega Amansuri Residences. Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata tinjauannya mendapati projek Bandar Sejahtera Pokok Sena bernilai RM230 juta itu belum dilaksana sekalipun telah dilancar kerajaan negeri lebih dua tahun lepas.

"Semasa pelancaran projek tersebut, Ostad Azizan menyatakan bahawa 128 unit rumah teres dua tingkat telah habis ditempah dan harga setiap unit kira-kira RM140,000. Tetapi selepas hampir dua setengah tahun, tiada satu unit rumah pun yang disiapkan di bandar tersebut kecuali rumah contoh sahaja," katanya.

Tan berkata beliau tidak tahu apa yang terjadi kepada pembeli rumah di kawasan tersebut.

Buat rakyat Kedah, bukalah mata dan hati. Kebolehan untuk mentadbir bukan semata-mata terletak kepada kebolehan untuk berceramah dan memaki hamun UMNO dan BN. Namun apa yang paling penting adalah kebolehan dalam mengurus tadbir pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri dengan berhemah dan cekap.

AYUH TOLAK PAKATAN RAKYAT DALAM PRU13....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...