Monday, June 11, 2012

NEGERI BERKEBAJIKAN KEDAH, MASIH GAGAL BELA NASIB NELAYAN KUALA KEDAH????


Laut bergelora dan ombak besar di pesisir pantai di negeri ini, terutama Kuala Kedah, sejak dua hari lepas amat membimbangkan penduduk sekitar menyebabkan mereka terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga. Keadaan itu menyebabkan penduduk berhampiran kawasan pantai resah memikirkan kemungkinan air laut memasuki rumah mereka. 


Rosnah Din, 48, dari Kampung Kuar Jawa, Kuala Kedah berkata angin kencang serta ombak besar sejak semalam menyebabkan air laut serta lumpur setinggi 0.2 meter masuk ke dalam rumahnya. Akibat kejadian itu, dia terpaksa menanggung kerugian setelah peralatan dalam rumahnya rosak terkena air laut dan lumpur pada kira-kira 1 tengah hari tadi.

"Ini kejadian kedua sejak 12 tahun lalu," katanya kepada pemberita ketika ditemui hari ini.

Yang mendukacitakan sehingga kini, kerajaan Kedah pimpinan Pas gagal mengerakkan jentera bagi membantu penduduk kampung dan golongan nelayan tersebut. Sehingga kini, pentadbiran kerajaan Ostad Azizan masih gagal memastikan bantuan dihulurkan dengan kadar segera.

Inilah nasib yang perlu di terima oleh rakyat Kedah, apabila memilih mereka yang hanya pandai berceramah sebagai pemimpin.

Mungkin keadaan yang melanda setakat ini, belum lagi berada pada tahap yang merbahaya, namun rata-rata penduduk di sana adalah merupakan golongan nelayan. Dan sudah pasti dengan keadaan ini bakal menyukarkan mereka untuk turun ke laut, bagi mencari sesuap nasi untuk keluarga.

Dimanakah perlaksanaan slogan 'Negara Berkebajikan' yang diwar-warkan oleh PAS??? Apakah rakyat terutama pengundi di Kedah masih belum sedar bahawa PAS dengan kerjasama PKR dan DAP hanya mampu untuk beretorik semata-mata.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...