Monday, June 11, 2012

DARI LANGKAWI... AMUKAN GELOMBANG MERAH LANGKAWI

Masyarakat perlu menilai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus berdiam diri berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pemilikan 20 akaun Ketua Pembangkang itu. Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan Anwar yang seperti ‘menikus’ itu menimbulkan persoalan kerana beliau sentiasa aktif menjawab dakwaan atau melemparkan tuduhan menerusi Twitter miliknya hampir setiap hari.


Jelas beliau, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar mempunyai tanggungjawab besar dalam menjawab hal akuan berkanun tersebut kerana segala akaun itu secara logik diperoleh sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan pada akhir 1990-an.
 
Merujuk kepada laporan berkenaan skandal 3 billion yang sedang hangat diperkatakan baru-baru ini, 4 kumpulan iaitu Pemuda UMNO Langkawi, Wanita UMNO Langkawi, Puteri UMNO Langkawi dan sebuah NGO Belia Langkawi telah membuat satu laporan polis berkenaan penyelewengan yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.
Laporan ini telah dibuat berdasarkan satu sidang akhbar oleh bekas penolong Gabenor Bank Negara iaitu Dato' Murad bin Khalid klik sini
Selepas itu mereka telah membuat satu perhimpunan aman dengan kekuatan sebanyak 100 orang berhimpun dan melaungkan soalan kepada datuk seri Anwar Ibrahim di hadapan IPD Polis Langkawi mendesak agar :
1) Menubuhkan satu Suruhanjaya menyiasat semula kenyataan Dato Murad iaitu wujudnya 20 akaun individu yang dikawal oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membabitkan aset, wang dan saham lebih daripada 3 billion berdasarkan akuan bersumpahnya.
2) Mendesak agar Peguam Negara (AG) membuka semula kertas siasatan berhubung skandal tersebut.
3) Mendesak agar LHDN dan Bank Negara membuat kenyataan daripada mana datangnya sumber kewangan yang begitu banyak dan kemana pula lesapnya wang tersebut.
4) Mendesak agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penyelewengan ini.
Mesej dari MKT : Semakin lama semakin telanjanglah si Anwar ni di londehkan. Macam inikah bakal Perdana Menteri Malaysia pada masa hadapan? Renung-renungkanlah sejenak...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...