Thursday, May 24, 2012

Pemuda Umno Kedah desak Azizan letak jawatan


Pergerakan Pemuda Umno Kedah hari ini mendesak Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak melepaskan jawatan setelah beliau gagal menjawab isu projek bernilai hampir  RM37 bilion yang didakwa tidak dibuat secara tender terbuka. Ketuanya Badrulhisham Hashim berkata selaku ketua pentadbir kerajaan negeri, Azizan perlu memikul tanggungjawab menjelaskan isu terbabit kepada rakyat, sekali gus menghapuskan prasangka buruk pelbagai pihak terhadap Pas.


"Saya yakin jika kerajaan Pas Kedah telus, isu ini diperjelaskan kerana Azizan tidak akan mampu menyoroknya," katanya di sini.

Beliau diminta mengulas tindakan Azizan yang mengelak daripada menjawab isu terbabit, yang dibangkitkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang. Tan dilapor mendakwa projek terbabit ialah pembinaan kampus Kolej Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil berharga RM330 juta; projek Aman Central dan Amansuri Residences di Alor Setar (RM600 juta); serta projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub (SULIHH) (RM36 bilion).

Semalam, ketika ditanya pemberita mengenai perkara tersebut, Azizan hanya berkata Tan kebudak-budakan dan "saya tidak mahu layan budak ini". Mengulas lanjut, Badrulhisham berkata sikap Azizan tersebut membayangkan seolah-olah ada yang tidak kena dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diteraju Pas itu.

"Setiap perkara yang ada kaitan dengan kepentingan rakyat harus dijawab dan diberi penjelaskan," kata Badrulhisham yang turut menganggap tindakan kerajaan negeri itu juga satu bentuk "kezaliman" kepada rakyat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...